Sunday 22 June 2014

Tips Mengatasi Anak Susah Makan

Teks: Roszila Ibrahim

Anak susah makan merupakan antara permasalahan yang sering dialami oleh ibu bapa terutama para ibu. Saya juga tidak terlepas dengan situasi ini kerana anak kedua saya Rayyan Zafran memang susah makan dan tambahan kini anak saya tidak sihat. Lagilah tiada selera. Nasib baik hendak minum susu dan makan biskut. Nasi  pula  dua tiga suap je. Tertekan dan stress setiap kali memujuk si manja untuk menjamah makanan dan saya seringkali risau sama ada anak mendapat gizi seimbang setiap kali makan. Saya ada membawa anak berjumpa doktor pakar dan doktor mengsyorkan susu padiasure. Menurut doktor lagi sekiranya anak tidak mahu makan nasi, haruslah digantikan makan mi, bihun, biskut dan selalu menukar resepi.

Jika tidak diberi makanan takut perut masuk angin. Namun, bukan ibu tidak mahu bagi makanan tetapi anak yang tidak mahu makan, agak rumit dan hanya yang pernah merasainya akan mengetahui betapa sukarnya keadaan ini. Kadang- kadang terpaksa buat helah dan menipu supaya anak makan. Pekara ini sentiasa dialami oleh ibu bapa. Antara masalah yang sering dihadapi seperti menolak makanan, tidak suka makan sayur, hanya mahu makan jenis-jenis makanan yang tertentu sahaja atau mengemam makanannya di dalam mulut dengan tempoh lama tanpa mahu telan.

Terdapat dua punca yang menyebabkan masalah ini. Yang pertama ialah faktor fizikal termasuk kebarangkalian terdapat gangguan pada organ pencernaan mahupun terdapatnya jangkitan dalam tubuh seperti demam dan sebagainya. Walau bagaimana pun setiap masalah pasti ada jalanya. Terdapat beberapa tips untuk dikongsi bagi mengatasi masalah anak susah makan. Di antaranya:

-         -  Hias makanan atau sajian menarik
-         - Variasikan makanan berkhasiat
-          - Makan bersama-sama anak
-          - Jangan sesekali memaksa anak makan
-          - Masa makan teratur  
-           - Libatkan anak untuk menyiapkan makanan








No comments:

Post a Comment