Wednesday 4 June 2014

Hargai Orang Tersayang

Hari ini 6 jun 2014 bersamaan hari selasa adalah hari yang meletihkan tetapi menyeronokan. Satu hari yang mengembirakan dengan kedatangan saudara mara dari kampung, jadi hari ini penuh aktiviti jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta tidak ketinggalan aktiviti makan-makan. Suami saya sanggup cuti semata-mata ingin bersama saudara mara. Maklumlah saudara yang datang dari kampung jarang datang sini dan datang pun sekejap je.  Anak-anak pun gembira bukan main. 

Bila kita berada dengan orang tersayang gembiralah mereka kerana kita tidak tahu adakah kita akan berjumpa lagi esok hari.Hargai setiap masa yang kita miliki terutama bersama suami dan anak- anak atau orang yang dekat dengan kita. Masa yang hilang tidak boleh diganti semula. Masa yang diberi oleh Allah kepada kita adalah tidak ternilai harganya. Oleh itu, hargailah setipa detik masa yang ada dalam hidup kita bersama orang tersayang.

No comments:

Post a Comment