Wednesday 4 June 2014

Hidup Dan Impian

Saya tidak sangka yang saya akan jadi surirumah sepenuh masa.  Sebenarnya tidak pernah ada dalam fikiran saya. Tapi Itulah Allah telah mengatur segalanya dan sesungguhnya Allah adalah sebaik perancang dan kita sebagai manusia haruslah redha dan terima dan pasti ada hikmahnya. Kita haruslah beriktihar macam mana untuk memajukan diri contohnya belajar mencari income sendiri. Jadi kita tidak harus menganggap menjadi surirumah impian kita musnah. Kini pelbagai pekara boleh dilakukan untuk mengapai impian untuk berjaya walaupun memegang status sebagai surirumah. Asalkan ada kemahuan pasti ada jalannya. Kini, saya telah saya telah temui jalannya dan berharap impian untuk menjadi WAHM yang berjaya suatu hari nanti. Semoga semuanya dipermudahkan olehNYA. 
Surirumah kini berbeza dari surirumah yang dahulu kini ramai surirumah yang dapat mencapai impian masing-masing. Seronok tengok orang yang berjaya dangan titik peluh sendiri dan saya berharap boleh menjadi salah seorang yang berjaya suatu hari nanti dan menjadi kebanggaan ibubapa, suami dan anak- anak saya. ALLAH bukakan pintu rezeki sama sahaja pada semua. Kita yang pilih mana pintu yang kita nak buka dan seperti yang kita tahu 9/10 pintu rezeki datang dari perniagaan. Apapun setiap apa yang kita pilih memang ada cabarannya. Kata orang jangan berumah di tepi pantai jika kita takut dilambung ombak. Dalam kehidupan pun mesti ada cabarannya dan kita harus pandai mengatasinya.

No comments:

Post a Comment