Saturday 30 August 2014

Piramid Aktiviti Fizikal

Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Carian Google


Piramid aktiviti fizikal boleh dijadikan sebagai panduan yang mudah untuk membantu kita menjadi lebih aktif secara fizikal setiap hari. Bermula dari aras yang paling bawah, aktiviti-aktiviti yang disenaraikan  adalah aktiviti yang harus dilakukan dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya dilakukan setiap hari. Manakala aktiviti yang disenaraikan pada aras teratas piramid adalah aktiviti yang harus dihadkan.

Kecergasan mempunyai pengertian yang berbeza-beza bagi setiap individu. Kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Kecergasan fizikal bermaksud dimana semua sistem yang terdapat pada tubuh manusia berkeadaan sihat dan berfungsi dengan sempurna bagi membantu manusia menjalankan aktiviti hariannya dengan selesa di samping mempunyai tenaga melakukan aktiviti riadah tanpa merasa penat dan lesu.


Dari segi kesihatan diri, senaman dapat mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit seperti obesiti (kegemukan), diabetes (kencing manis) dan gaya hidup yang tidak aktif seperti penyakit jantung  serta sebagainya. Dari segi mental pula, senaman dapat meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan diri seseorang selain dapat mengurangkan tekanan (stress) yang dialami. Jika aktiviti senaman dilakukan di luar kawasan rumah seperti di tepi tasik atau taman, ianya dapat melegakan fikiran apabila melihat persekitaran yang segar dan hijau. 

---------------------------------------------------------------------------------
Pendaftaran masih berlangsung, Kelas dijalankan secara online sahaja. Tak memerlukan kalian berada dalam kelas di tempat khusus. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship projek duit raya & selepas raya
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/


Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang dropship ABDR bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim  ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

No comments:

Post a Comment