Monday 18 August 2014

Khasiat Telur

Teks: Roszila Ibrahim


Hari saya nak kongsi mengenai khasiat telur. Saya rasa semua orang suka makan telur kan! Telur adalah salah satu makanan yang paling mudah untuk ditemui di mana-mana. Telur adalah makanan yang paling senang kita dapat dan murah. Sebiji telur mengandungi asid amino, protien, vitamin dan mineral.  Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia. Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya. Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit. Telur memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan. Di antara manfaat telur adalah:
Telur menghilangkan jerawat
Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.

Baik untuk mata
Lutien dan zeaxanthina adalah antioksida yang terdapat dalam kuning telur dipercayai membantu meningkatkan penglihatan dan mengurangkan  risiko buta pada usia 65 tahun keatas dan katarak

Menjaga berat badan agar tetap sihat
Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Telur dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Telur mempunyai kandungan gizi yang tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

Telur baik untuk rambut dan kuku . Protin dan sulfur dalam telur membantu meningkatkan kesihatan kulit dan pertumbuhan rambut.

Telur mengurungkan risiko kanser payudara. Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkan sekurang-kurangnya 6 biji telur seminggu mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 44%.

Mengurangkan risiko darah beku. Selenium yang terdapat pada telur menghalang pembekuan kolestrol dalam darah. Antioksidan penting membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan stroke.

Baik untuk fungsi otak - Zat kolin meransang perkembangan dan fungsi otak. 2 biji telur sehari sudah cukup memenuhi keperluan orang dewasa.

Lebih Fokus -  Meningkatkan daya tumpuan pelajar. Sarapan pagi yang lengkap dengan telur, mampu meningkat konsentrasi, tahap disiplin, tingkah laku dan cemerlang dalam pelajaran.

Meningkatkan perkembangan otak janin -  Sumber choline membantu perkembangan otak janin dan mencegah kecacatan. 2 biji telur membekalkan 250mg kolin dan baik untuk wanita hamil dan menyusu.


Meningkatkan kesihatan dan kekuatan tulang - Vitamin D yang terdapat dalam telur membantu menguatkan tulang.



#############################################################
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook 
2. Cipta Blog 
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).


Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:
Email : roszilaibrahim@gmail.com 
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

No comments:

Post a Comment