Friday 8 August 2014

Hobi Jana Pendapatan

Teks: Roszila Ibrahim

Hobi boleh menjadi salah satu peluang perniagaan untuk menghasilkan pendapatan sampingan. Ramai wanita di luar sana yang berstatus suri rumah mempunyai kemahiran yang amat luar biasa. Contohnya, hobi suka memasak, tangkap gambar, menulis, bijak bertukang, minat mengumpul barang antik dan ada yang pandai menganyam, mengait, menjahit, menulis artikel pendek, penulis cerita dan  pandai menenun, dan sebagainya. Ianya haruslah ditonjolkan oleh surirumah bukan sahaja sebagai hobi bahkan mampu menjana pendapatan dari kemahiran tersebut. Menjadikan hobi kegemaran ke dalam perniagaan yang menguntungkan tidak begitu sukar seperti yang fikirkan. 

1.      Pertama sekali kena berfikiran positif. Inilah aset yang paling penting sebelum memulakan sesuatu dan sikaplah yang akan menentukan kejayaan. Jika ingin meneruskan impian dan mahu ia menjadi realiti, mesti mempunyai sikap positif serta kesanggupan untuk melakukannya.  Sebagai suri rumah yang sentiasa sibuk sememangnya akan ada halangan dan janganlah berputus asa. Anda memang boleh melakukannya.
2.      Penentu segala-galanya untuk berjaya.  Tiada jalan mudah untuk berjaya dan sememangnya akan ada masalah di pertengahan jalan anda nanti.  Usaha dan usaha lagi.
3.      Beritahu apa produk yang jual. Untuk menjana pendapatan sampingan dengan lebih efektif, kenalah memberitahu semua orang apa yang anda jual sama ada ia barangan ataupun perkhidmatan. Jika tidak, orang tidak akan tahu walaupun ada kehendak dari pasaran.  Anda boleh memilih cara konvensional ataupun secara online. Maklumat pemasaran boleh didapati dengan mudah melalui internet.
4.      Pilih saluran yang betul. Pastikan ianya saluran yang betul.  Kajian boleh dilakukan sebelum memasarkan barangan.
5.      Strategi pemasaran kena ada. Harus tahu dengan siapa nak jual produk anda. Ia bagi mengurangkan masa supaya tidak mensasarkan golongan yang salah.
6.      Mesti bersikap jujur selalu.  Barang yang di jual kenalah berkualiti dan mesti sentiasa menetapi janji sekiranya sudah memberi janji dengan pelanggan seperti contoh tempoh penghantaran atau syarat-syarat pengembalian sekiranya rosak di dalam perjalanan dan sebagainya.

Oleh itu, melalui aktiviti kegemaran kita atau lebih senang dipanggil hobi, boleh menjana pendapatan kita. Kelebihan yang ada dalam diri kita mestilah dimanfaatkan sebaiknya hingga boleh menjadi sumber pendapatan. Kelebihan seseorang mungkin berbeza. Gunakan peluang yang ada untuk mengeksploitasi kelebihan kita. Tidak mustahil, melalui hobi sahaja seseorang boleh raih pendapatan yang lumayan hingga mencecah ribuan ringgit.   Mulai sekarang kaji kelebihan diri kita. Gunakan kelebihan itu untuk menjana pendapatan. Minat yang mendalam terhadap sesuatu, pastinya memotivasikan kita untuk memberikan yang terbaik. 

...........................................................................................................
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).


Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:
Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

No comments:

Post a Comment