Wednesday 27 August 2014

Amalan Membaca

Teks: Roszila Ibrahim



Suka saya berkongsi perkara yang baik dan bermanfaat untuk semua. Saya rasa semua orang setuju bahawa amalan membaca merupakan satu aktiviti yang berfaedah, tetapi mungkin ramai yang menyangka orang yang kuat membaca adalah orang yang pandai. Bagi saya, orang yang banyak kuat amalan membaca tidak semestinya pandai. Tetapi yang pastinya mereka yang banyak membaca menjadi manusia yang lebih banyak ‘tahu’. Lagi banyak kita membaca, bertambah banyak yang diketahui. Gelap menjadi terang, kelam menjadi jelas. Memang tidak dinafikan bahawa membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan suratkhabar. Terdapat banyak bahan bacaan dipasarkan di pasaran.

Menurut Irfan Khairi, Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang kita dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri kita sendiri (Bukan baca novel cinta). Sekiranya membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari.
_________________________________________________
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook 
2. Cipta Blog 
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).


Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:Email : roszilaibrahim@gmail.com FB : roszila ibrahim

No comments:

Post a Comment