Sunday 30 November 2014

Buat Bisnes Dahulu Secara Sambilan Sebelum Berhenti Kerja

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Email Pilihan :
Pn, saya memang sangat2 nak bekerja dari rumah, nk buat bisnes sendiri, nak jaga anak sendiri. Tapi bila fikir-fikir kalau berhenti kerja, tiada pula duit tampungan perbelaanjaan keluarga. Apa yang patut saya buat mula-mula sekali, saya tak nak lengah-lengah lagi. Mesti kena bertindak cepat.


Jawapan :
ok, baik sekarang ini, jangan berhenti dahulu. Buat dahulu secara sambilan, sudah ada pendapatan konsisten dari pendapatan sambilan dan cukup persediaan barulah berhenti, jangan gesa-gesa dahulu. Saya sarakan mula dengan PENGURUS ONLINE AKADEMI dan mula dengan kelas bisnes dulu, dan puan belajarlah dengan konsisten dan mula fokus dari awal jana pendapatan RM100 sehari, melalui produk informasi-iaitu tak perlu keluar rumah pun, atas talian sahaja.

****************************************************
Bagi mereka yang alami situasi seperti ini, boleh mula daftar sebagai pengurus online akademi

* Hanya daftar dengan yuran RM200 - yuran pendaftaran pengurus online akademi

* Bonus 4 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan)

* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga

* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.

Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook.

Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan. Saya sendiri yang akan ajar kalian bagaimana hendak mula menjana pendapatan dari RM50-100, untung bersih dengan hanya mempromosi produk akademi.

Ini bukan omongan kosong, kerana sudah ada pasukan pengurus online akademi yang beroleh hasil seperti ini. Tapi dengan syarat utama, ikut apa yang telah diajar, mula praktik, mula promosi, dan yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.
---------------------------------------------------------------

Di ABDR  anda boleh mula dalam kelas online blog bisnes. Belajar berbisnes online secara dropship dengan menggunakan produk yang akademi sediakan dan berpeluang belajar hasilkan blog kedai online.
ABDR menawarkan beberapa produk pilihan untuk dropship. Hanya pilih yang mana anda suka:
1. Makanan sunnah (air zam-zam, jus delima, zafaran, jus kurma dan lain-lain)
2. Produk makanan (nasi arab, serunding, keropok keping, tamar coco dan lain-lain)
3. Telekung solat
4. Produk islami (e-iqra, quran digital)
Pilih dropship dan belajar hasilkan kedai online blog. Belajar bagaimana nak mula perkenalkan produk di facebook dan blog.

Untuk sertai kelas ini, anda boleh hubungi saya.

Thursday 27 November 2014

Trend Makanan Sunnah

Teks: Roszila Ibrahim

Masa berganti hari, minggu berganti bulan dan tahun, tanpa disedari, pengambilan makanan sunnah atau produk berasaskan makanan sunnah kini menjadi fenomana. Semenjak isu halal haram hangat diperkatakan, kepekaan untuk mencari produk yang benar-benar halal menjadi keutamaan kini termasuk dalam soal pemakanan seterusnya memperlihatkan trend pengambilan makanan sunnah. Pelbagai jenama produk yang berasaskan makanan sunnah. Masyarakat kita khususnya orang Islam mula sedar wajarnya memilih makanan yang terbukti halal tanpa rasa was-was. Ia menjadikan masyarakat mula membuka mata akan kepentingan mencari makanan yang diyakini kesuciannya.

Makanan sunnah juga semakin menjadi pilihan masyarakat sebagai alternatif menggantikan pengambilan suplemen tambahan seperti vitamin dan jamu. Produk berasaskan "makanan sunnah" seringkali disebut sebagai makanan terbaik. Kini, ramai orang sudah membuka mata  akan keistimewaan yang penuh dengan khasiat tersirat dan baik untuk kesihatan. Ia menjadi trend terkini sehinggakan mempunyai permintaan yang tinggi khususnya dalam kalangan umat Islam. Perkara sebegini memberi suatu dimensi baharu dalam dunia pasaran makanan. Masyarakat kita dilihat mempunyai daya inisiatif untuk mencari alternatif dalam penjagaan kesihatan.

Seperti yang kita ketahui antara makanan sunnah yang perlu diamalkan dalam pemakanan kehidupan seharian kita seperti kurma, kismis, madu buah tin, buah zaitun, habbatus sauda, buah delima, buah apricot, kacang badam, za’faran dan banyak lagi. Bagaimanapun, janganlah kita sekadar dijadikan amalan bermusim. Amalkan setiap hari kerana memang banyak manfaatnya. Zaman beredar dan berubah, namun sunnah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW tetap tidak berubah.
--------------------------------------------------------------------
Di ABDR menyediakan makanan sunnah, anda bukan saja boleh menjadi pengguna malah dapat menjana pedapatan melalui bisnes makanan sunnah. Di ABDR  anda boleh mula dalam kelas online blog bisnes. Belajar berbisnes online secara dropship dengan menggunakan produk yang akademi sediakan dan berpeluang belajar hasilkan blog kedai online.
ABDR menawarkan beberapa produk pilihan untuk dropship. Hanya pilih yang mana anda suka:
1. Makanan sunnah (air zam-zam, jus delima, zafaran, jus kurma dan lain-lain)
2. Produk makanan (nasi arab, serunding, keropok keping, tamar coco dan lain-lain)
3. Telekung solat
4. Produk islami (e-iqra, quran digital)
Pilih dropship dan belajar hasilkan kedai online blog. Belajar bagaimana nak mula perkenalkan produk di facebook dan blog.

Untuk sertai kelas ini, anda boleh hubungi saya.


Tuesday 25 November 2014

Fenomena Makanan Sampingan

Teks: Roszila Ibrahim

Macam-macam fenomena yang berkaitan makanan akhir-akhir ini. Al maklumlah, orang Malaysia  suka makan.  Sekarang ini buka saje facebook penuh dengan status Jeruk Mangga Asam Boi atau Jeruk Apple Hijau Asam Boi. Tetiba sahaja laman sosial terutama facebook menayang jeruk mangga asam boi masing-masing. Bermacam cara dan resepi serta teknik terbaik untuk mendapatkan rasa yang hebat. Gambar mangga dan asam boi pun cukup buat orang terliur. Memang sedap dan tidak perlu beli, lebih baik buat sendiri kerana cara atau proses membuat buat jeruk ini sangatlah senang. Tidak pasti bila bermulanya demam jeruk mangga ini dan siapa yang mengkreatifkannya, tiba-tiba meletop di sana sini.

Seiring dengan fenomena Jeruk asam Boi, satu lagi fenomena zaman sekarang ialah Pisang Goreng Cheese dan dulu kecoh pasal durian crepe. Kini goreng pisang cheese menjadi sebutan ramai. Walaupun harganya agak mahal untuk satu bekas tapi rasa dan kuantitinya agak berbaloi ditambah pula ada perisa sampingan seperti coklat, strawberry dan beberapa lagi perisa. Ada yang membuat side income,untuk menambahkan pendapatan. Apapun jangan lupa jaga makan.

----------------------------------------------------------------------
Bagi suri yang masih tercari-cari idea untuk berbisnes bagi menambahkan pendapatkan boleh mendapatkan ebook 101 Idea Home Based Bisnes. Dalam Ebook ini memaparkan pelbagai jenis bisnes atau ketegori. Anda boleh dapatkan Ebook ini dengan harga yang berpatutan iaitu RM 50.00 sahaja.

Untuk mendapatkan Ebook 101 Idea home Based Bisnes boleh Hubungi
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/roszila.ibrahim

Sunday 23 November 2014

Air Jernih Dari Langit

Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Google

Alhamdulillah ya Allah..Hujan, air jernih dari langit yang setiap titisnya adalah rahmat, membawa rezeki kepada seluruh hidupan di muka bumi. Hujan yang turun bagaikan mutiara, Berkilau bersinar berkerdipan, Subur menghijau bumi terbentang, Dan bayu berpuput lembut begitulah bait-bait lirik Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang mendamaikan. Hujan yang turun ini telah memberi inspirasi untuk saya memenuhi ruang entri ini. Fikiran yang tenang dan suasana yang sejuk begitu mendamaikan. Hujan yang turun dengan tempohnya tersendiri, kadangkala lambat (renyai) dan kadangkala cepat (lebatlah tu) Sesungguhnya indahnya hujan ciptaan Ilahi.


Namun masih ada yang sanggup mengeluh dan membenci. Hujan yang dianggap sebagai penghalang untuk mereka melakukan sesuatu aktiviti luaran. Sepatutnya kita harusnya bersyukur kerana ketika hujan turun, suasana panas akan menjadi dingin. Air yang turun membasahi bumi menyejutkkan bahang udara yang panas. Di saat inilah masa yang sesuai untuk menikmati ketenangan sambil merenung titisan hujan yang turun. Semoga kita sentiasa bersyukur dan dan jangan lupa berdoa.

Bawa basikal perlahan-lahan,
Jangan nanti jatuh tersungkur,
Hujan turun kerja Tuhan,
Kita hanya ucap syukur.

-----------------------------------------------------------------------
Pendaftaran masih dibuka. Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama. 
TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :

Pendaftaran setiap hari, pilih mana-mana kelas pilihan ABDR
1. Kelas asas blog penulisan
2. kelas asas blog fanpage mula bisnes di Johor Bahru (29/11/2014)
3. kelas asas blog fanpage mula bisnes online 
4. kelas blog bisnes dropship abdr 
5. Pendaftaran pengurus online akademi
6. Bengkel urus akaun bisnes / kelas akaun online
7. kelas penulisan ebook
8. kelas jana wang di Kota Bharu Kelantan (29/11/2014)

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaibrahim

Saturday 22 November 2014

Tips Sentiasa Bersemangat

Teks: Roszila Ibrahim

Hari ni saya ingin kongsi sedikit tips supaya Sentiasa Bersemangat. Macam mana ye kita nak ceriakan dan bersemangat setiap hari? Kalau kita mahu hari kita sentiasa ceria ianya harus dimulakan diawal pagi. Kalau awalnya kita gembira dan ceria, In shaa Allah, sepanjang hari kita mampu ceria. Bagi yang masih tercari-cari semangat yang semakin hilang entah ke mana, eloklah  mengamalkan tips yang ingin saya kongsikan.  Di sini saya ingin kongsikan tips dari Dato'Dr.Fazilah...ayuh sama-sama kita amalkan.

1. Berdoa agar sentiasa ceria dan bersemangat, 

2. Maafkan semua orang agar hati bersih dan minda positif, 

3. Programkan minda tiap malam sebelum tidur: Ya Allah, jika aku masih panjang umur, kejutkan aku esok pagi dalam keadaan sihat, beriman, ceria dan seronok nak pergi kerja, tapi jika aku mati esok, matikan aku dalam husnul khatimah,

4. Bangun pagi terus senyum dan berdoa dan mohon agar hari ini lebih baik daripada semalam, 

5. Cari "butang hijau" ia perkara yang buat kita ceria-- peluk pasangan, cium anak, beri ikan dalam akuarium makan, geletek kucing, dengar lagu nasyid kegemaran, minum air kegemaran, tengok FB dan sebagainya, 

6. Bayangkan hari ni mungkin terakhir dan azam nak lakukan yang terbaik, 

7. Gembirakan hati orang di sekitar, 

8. Amalkan sunnah-sunnah Nabi, 

9. Temui cinta sejati, 

10. Pakai warna kegemaran, 

11. Berjalan pantas, 

12. Masuk pejabat dangan Bismillah, beri salam dan masuk dengan langkah kanan, 

13. Sentiasa Tawakkal kepada Allah. 

Tips yang sangat bermanfaat, jangan lupa amalkan, supaya hari-hari kita ceria dan bersemangat.
----------------------------------------------------
ps:Jom bina blog untuk persediaan dan sebagai alternatif lain untuk bisnes kalian. Belajar 100% di kelas online ABDR. Belajar ikut masa sendiri(fleksibel). Sesuai untuk yang super duper sibuk. PM saya untuk pendaftaran.Semestinya kalian tahu blog adalah medium pemasaran yg efektif selain facebook. Boleh hubungi saya roszilaibrahim@gmail.com

Wednesday 19 November 2014

Peluang Memulakan Bisnes Di ABDR

Teks: Roszila Ibrahim

Akademi Bekerja Di Rumah kini hampir mencecah 1000 orang bloggers. Bayangkan jaringan network dan sokongan percuma yang bakal menanti suri sekalian. Setiap blogger akademi dapat dikenali dengan logo di atas pada blog masing-masing.

Antara produk-produk laku keras yang ditawarkan ialah:
1. Produk Makanan Sunnah (jus kurma, jus delima, air zam-zam dll)
2. Produk Makanan (nasi arab, keropok, serunding, koko tamar, dll)
3. Telekung solat
4. Produk islamik (e iqra, al quran digital dll)

Bagi meringankan beban kepada para suri, Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan peluang dan ruang kepada suri memulakan bisnes dengan kaedah paling mudah dan kos paling minima. Dengan hanya RM200.00 samada secara tunai atau bayaran ansuran (RM100x2 atau RM50x4), kami akan berikan tunjuk ajar bagaimana hendak memulakan dan suri berpeluang berniaga dengan produk dropship ABDR.

Dan terkini, ABDR akan mengadakan satu bengkel Jana Wang Dari Rumah oleh trainer yang sudah pun berkerja dengan penuh gaya dari rumah.

Kelas Jana Wang Dari Rumah
====================
Tarikh: 29/11/2014
Masa: 9.00-5.00pm
Trainer: Azura Abdullah
Lokasi: ICT Incubator Center, Kota Bharu, Kelantan
Yuran: RM200 sahaja
Bonus: 5 ebook ABDR & keahlian ABDR

Apa yang akan suri pelajari:
1)Start-up Gaya ABDR
2)Penjenamaan Diri Gaya ABDR
3)Hands-on buat blog & fanpage
4) Penggunaan Google Drive
5) Habis kelas terus boleh beroperasi.


*pre-work ringkas diberikan sebelum kelas melalui emel.



Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaibrahim

Monday 17 November 2014

Rasa Putus Asa

Teks: Roszila Ibrahim

Semua yang bergelar insan pastinya telah dan pernah berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidup pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran.

Rasa berputus asa itu adalah normal. Ia berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun apabila kita melihat dari sudut positif, rasa putus asa itu sebenarnya adalah satu keadaan yang mencabar kita membuat pilihan, sama ada mahu terus ke hadapan ataupun berundur (menyerah kalah).

Pilihlah untuk terus ke hadapan agar kita semakin terisi dengan semangat yang kental.
Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa. Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut.  Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Ujian yang datang  adalah sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik.
Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”.
_________________________________________________________
Pendaftaran masih dibuka. Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama. 
TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :

Pendaftaran setiap hari, pilih mana-mana kelas pilihan ABDR
1. Kelas asas blog penulisan
2. kelas asas blog fanpage mula bisnes di Johor Bahru (22/11 & 29/11)
3. kelas asas blog fanpage mula bisnes online 
4. kelas blog bisnes dropship abdr 
5. Pendaftaran pengurus online akademi
6. Bengkel urus akaun bisnes / kelas akaun online
7. kelas penulisan ebook
8. kelas jana wang di Kota Bharu Kelantan (29/11)

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaibrahim

Friday 14 November 2014

ABDR Kumpulan Sokongan Surirumah Dan Suri Bekerjaya

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : ABDR  


Kumpulan sokongan untuk suri rumah dan suri bekerjaya
Kumpulan latihan suri belajar berbisnes online
Belajar mula menggunakan blog sebagai salah satu cara memperkenalkan diri pada pembaca dan bakal pelanggan
Mula belajar bisnes secara dropship

> ABDR landasan untuk suri rumah belajar berbisnes sec online tanpa perlu tinggal urusan anak dan keluarga
> ABDR landasan untuk suri bekerjaya berbisnes secara sampingan
> ABDR landasan untuk suri yang mahu bergelar wahm

Kami buka peluang untuk kalian bersama keluarga besar ABDR.

------------------------------------------------------------------
Pendaftaran masih dibuka. Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama. 
TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship produk makanan
-dropship telekung solat
-dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Kelas penulisan ebook

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaibrahim


Thursday 13 November 2014

PANDUAN MENJANA PENDAPATAN DARI RUMAH

Foto: ABDR

Matlamat utama:
1. Memberi pencerahan dan ruang kepada suri rumah yang baru mengenal dunia online terutama tentang blog, fan page dan sebagainya.
2. Kelas Asas Blog dan Fan page, khusus kepada mereka yang 'zero knowledge' tentang urusniaga online. Sebagai permulaan awal, membina Kedai online dan latihan urusniaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih meluas dan membina rangkaian bisnes sendiri. ABDR adalah sebagai trek pemula, sebagai langkah awal bagi mereka yang benar-benar zero tentang bisnes dan urusniaga online.
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan pula untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian Google.

Bagaimana Kelas ini dijalankan
1. Tutorial dijalankan sepenuhnya secara online. Oleh itu, kelengkapan yang perlu ada ialah komputer/ laptop/ tablet/ smartphone dan talian internet.
2. Komunikasi adalah secara one to one ( personal coaching) dengan guru online. Sebarang pertanyaan dan rujukan boleh diajukan melalui pm di Facebook atau melalui group kelas.
3. Jadual adalah fleksibel - ikut kelapangan masa masing-masing.
4. Nota dan tutorial bergambar disediakan.

ps:Jom bina blog untuk persediaan dan sebagai alternatif lain untuk bisnes kalian. Belajar 100% di kelas online ABDR. Belajar ikut masa sendiri(fleksibel). Sesuai untuk yang super duper sibuk. PM saya untuk pendaftaran.Semestinya kalian tahu blog adalah medium pemasaran yg efektif selain facebook. Boleh hubungi saya roszilaibrahim@gmail.com

Tuesday 11 November 2014

Kelas Jana Wang Dari Rumah

Kelas Jana Wang Dari Rumah, 29/11/2014, Kota Bharu
Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah

Bismillah. Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt, dengan ini pihak Akademi Bekerja Di Rumah akan bawakan Kelas Jana Wang Dari Rumah khas kepada para surirumah dan suri bekerjaya yang ingin memulakan langkah niaga secara ‘lean’ atau kos paling minima.

Pihak akademi akan bermula di Kota Bharu sebelum meneruskan ke negeri-negeri lain. Lokasi kelas hanya 1 minit ke KB Mall dan beberapa minit dari hotel-hotel berdekatan seperti Tune Hotel, Hotel Al-Quds dan banyak lagi. Anda boleh mengambil peluang untuk bercuti sambil menimba ilmu. Cuti sekolah! 

Antara modul yang akan para SURI pelajari ialah:
1) Start-up Gaya ABDR
2) Penjenamaan Diri Gaya ABDR
3) Hands-on buat blog & fanpage
4) Penggunaan Google Drive
5) Habis kelas terus boleh beroperasi
.
*pre-work ringkas akan diberikan kepada peserta sebelum kelas melalui emel untuk melancarkan lagi perjalanan kelas.
 Untuk yang mahu mendaftar, boleh terus melalui saya :
 Email : roszilaibrahim@gmail.com

Monday 10 November 2014

Produk Dari ABDR

Teks: Roszila Ibrahim

Zaman sekarang ramai yang mengeluh perbelanjaan melebihi pendapatan. Ramai yang berminat hendak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tapi tiada idea, tidak berani mencuba atau tidak mempunyai modal yang mencukupi. Tepuk dada tanya selera. Sebenarnya, boleh bermula dengan apa yang ada depan mata. Sekiranya menghadapi masalah seperti di atas kita boleh mula dengan bisnes berkongsepkan dropship dengan memperomosikan produk milik orang lain. Dengan kata lain, kita menjadi orang tengah. Salah satu contohnya adalah melakukan promosi menggunakan profile facebook.

Di akademi bekerja di rumah, kami kongsi konsep mula bisnes dengan produk dropship abdr iaitu produk makanan sunnah, produk makanan, telekung solat dan produk islamik, dan mula belajar hasilkan blog sebagai kedai online.

Mudah sahaja, daftar, belajar buat kedai online dan mula berjualan. Bagi yang mahu mula dengan cara ini, boleh hubungi saya roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaibrahim untuk pendaftran kelas blog mula bisnes dropship ABDR.

Friday 7 November 2014

Renung-Renungkan

Teks: Roszila Ibrahim
Carian: Google

Allah SWT menyuruh kita bersungguh-sungguh dalam segenap urusan (yang baik), melalui firmanNya: "Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap." (Al-Insyirah: 7-8)

Ada dua pelajaran di sini:

1. Bersungguh-sungguh dalam segala urusan / kerja.
2. Bergantung harap sepenuhnya kepada ALLAH.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Pendaftaran masih dibuka. Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama. 
TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship produk makanan
-dropship telekung solat
-dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Kelas penulisan ebook

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaibrahim


Thursday 6 November 2014

Sup Ketam

Teks: Roszila Ibrahim
Sup ketam yang sedap , tapi tak ramai yang suka buat sup ketam kan ? biasa ketam akan buat masak cili atau ketam masak lemak cili padi betul tak? Resepi ini sedap, ringkas dan cepat.

Bahan-Bahan
4 ekor ketam bunga.
4 labu bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 sm halia (dikisar)
1 bungkus sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
2 batang serai
Garam secukup rasa
Daun saderi
Air secukup 

Cara membuatnya
1. Bersihkan ketam dan tos
2. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut.
3. Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.  
Khasiat ketam
§  Ketam rendah kalori
§  Ketam di percayai boleh merawat denggi
§  Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
§  Ketam ada lemak tak tepu yang dianggap untuk jantung yang sihat
§  Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
§  Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.
§  Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.


Wednesday 5 November 2014

Warna- Warna Dalam Perniagaan

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Google

Entri saya kali ini adalah berkaitan warna. Pasti semua orang mempunyai warna pilihan masing-masing. Dari dulu sampailah sekarang saya memang meminati warna terang iaitu merah. Di sini saya ingin jelaskan tentang warna dalam perniagaan. Sememangnya warna memainkan peranan penting dalam perniagaan dan tidak dapat dinafikan. Warna perniagaan adalah adalah satu pekara yang wajar diberikan perhatian oleh para usahawan.. Ini kerana, rata-rata perniagaan yang terkenal mempunyai identiti warna tersendiri. Malah, salah satu cara untuk mengingati sesebuah perniagaan melalui warna mereka dan terdapat tiga unsur penting dalam penjenaman iaitu warna, Logo dan Slogan. Contohnya MILO warna hijau dan putih. Slogan ‘Minum milo anda jadi  sihat dan kuat’.


Bukti yang menunjukkan warna adalah salah satu faktor menarik minat pembeli dan maksud setiap warna adalah:
  • Hijau – Natural, asli, sihat dan semula jadi. Sesuai untuk produk yang berkaitan dengan ketenangan.
  • Putih – Tulen, suci, neutral, bersih dan muda. Sesuai untuk produk kecantikan dan spiritual.
  • Merah – Bersemangat, berkuasa, agresif, ekstrem dan ghairah. Warna ini adalah warna yang menarik perhatian dan mampu meningkatkan kadar denyutan jantung (tekanan darah). Warna merah boleh menambahkan keseronokan kepada jenama bisnes.
  • Hitam – Kuasa dan elegan. Sesuai untuk produk premium, mewah dan ‘misteri’.
  • Biru – Tenang, autoriti, kesetiaan, keyakinan, kejayaan dan boleh dipercayai. Warna ini adalah neutral untuk kebanyakan situasi.
  • Oren – Bertenaga, seronok dan riang.
  • Kuning – Kegembiraan, kebahagiaan, kehangatan, isyarat dan optimis. Mengikut satu kajian, warna kuning adalah warna yang pertama sekali akan ‘ditangkap’ oleh retina mata berbanding warna-warna lain. Sebab itu warna kuning digunakan pada papan tanda isyarat jalan raya. 
-----------------------------------------------------------------------------------------
Waktu paling TERBAIK untuk mula bisnes?
SEKARANG. YA LAKUKANNYA MULAI SEKARANG.
Mencari duit lebih?. Yuran sekali sahaja kalian akan dapat
1. Dibimbing buat blog
2. Dapat Ebook
3. Kumpulan sokongan- Insya Allah kalau anda aktif momentum anda sentiasa akan meningkat
4. Komisyen - bergantung pada usaha anda
Semua atas talian cuma perlu ada laptop/komputer/smart phone & internet. Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaIbrahim