Saturday 22 November 2014

Tips Sentiasa Bersemangat

Teks: Roszila Ibrahim

Hari ni saya ingin kongsi sedikit tips supaya Sentiasa Bersemangat. Macam mana ye kita nak ceriakan dan bersemangat setiap hari? Kalau kita mahu hari kita sentiasa ceria ianya harus dimulakan diawal pagi. Kalau awalnya kita gembira dan ceria, In shaa Allah, sepanjang hari kita mampu ceria. Bagi yang masih tercari-cari semangat yang semakin hilang entah ke mana, eloklah  mengamalkan tips yang ingin saya kongsikan.  Di sini saya ingin kongsikan tips dari Dato'Dr.Fazilah...ayuh sama-sama kita amalkan.

1. Berdoa agar sentiasa ceria dan bersemangat, 

2. Maafkan semua orang agar hati bersih dan minda positif, 

3. Programkan minda tiap malam sebelum tidur: Ya Allah, jika aku masih panjang umur, kejutkan aku esok pagi dalam keadaan sihat, beriman, ceria dan seronok nak pergi kerja, tapi jika aku mati esok, matikan aku dalam husnul khatimah,

4. Bangun pagi terus senyum dan berdoa dan mohon agar hari ini lebih baik daripada semalam, 

5. Cari "butang hijau" ia perkara yang buat kita ceria-- peluk pasangan, cium anak, beri ikan dalam akuarium makan, geletek kucing, dengar lagu nasyid kegemaran, minum air kegemaran, tengok FB dan sebagainya, 

6. Bayangkan hari ni mungkin terakhir dan azam nak lakukan yang terbaik, 

7. Gembirakan hati orang di sekitar, 

8. Amalkan sunnah-sunnah Nabi, 

9. Temui cinta sejati, 

10. Pakai warna kegemaran, 

11. Berjalan pantas, 

12. Masuk pejabat dangan Bismillah, beri salam dan masuk dengan langkah kanan, 

13. Sentiasa Tawakkal kepada Allah. 

Tips yang sangat bermanfaat, jangan lupa amalkan, supaya hari-hari kita ceria dan bersemangat.
----------------------------------------------------
ps:Jom bina blog untuk persediaan dan sebagai alternatif lain untuk bisnes kalian. Belajar 100% di kelas online ABDR. Belajar ikut masa sendiri(fleksibel). Sesuai untuk yang super duper sibuk. PM saya untuk pendaftaran.Semestinya kalian tahu blog adalah medium pemasaran yg efektif selain facebook. Boleh hubungi saya roszilaibrahim@gmail.com

No comments:

Post a Comment