Tuesday 25 November 2014

Fenomena Makanan Sampingan

Teks: Roszila Ibrahim

Macam-macam fenomena yang berkaitan makanan akhir-akhir ini. Al maklumlah, orang Malaysia  suka makan.  Sekarang ini buka saje facebook penuh dengan status Jeruk Mangga Asam Boi atau Jeruk Apple Hijau Asam Boi. Tetiba sahaja laman sosial terutama facebook menayang jeruk mangga asam boi masing-masing. Bermacam cara dan resepi serta teknik terbaik untuk mendapatkan rasa yang hebat. Gambar mangga dan asam boi pun cukup buat orang terliur. Memang sedap dan tidak perlu beli, lebih baik buat sendiri kerana cara atau proses membuat buat jeruk ini sangatlah senang. Tidak pasti bila bermulanya demam jeruk mangga ini dan siapa yang mengkreatifkannya, tiba-tiba meletop di sana sini.

Seiring dengan fenomena Jeruk asam Boi, satu lagi fenomena zaman sekarang ialah Pisang Goreng Cheese dan dulu kecoh pasal durian crepe. Kini goreng pisang cheese menjadi sebutan ramai. Walaupun harganya agak mahal untuk satu bekas tapi rasa dan kuantitinya agak berbaloi ditambah pula ada perisa sampingan seperti coklat, strawberry dan beberapa lagi perisa. Ada yang membuat side income,untuk menambahkan pendapatan. Apapun jangan lupa jaga makan.

----------------------------------------------------------------------
Bagi suri yang masih tercari-cari idea untuk berbisnes bagi menambahkan pendapatkan boleh mendapatkan ebook 101 Idea Home Based Bisnes. Dalam Ebook ini memaparkan pelbagai jenis bisnes atau ketegori. Anda boleh dapatkan Ebook ini dengan harga yang berpatutan iaitu RM 50.00 sahaja.

Untuk mendapatkan Ebook 101 Idea home Based Bisnes boleh Hubungi
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/roszila.ibrahim

No comments:

Post a Comment