Tuesday 4 November 2014

Pengalaman Bisnes

Teks: Roszila Ibrahim

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka buminya yang Maha Kaya ini. Kini, ramai yang berjinak-jinak  dalam dunia perniagaan samaada online atau offline. Sebelum saya menyertai ABDR saya pernah terlibat dalam bisnes Zhulian secara offline. Bisnes Zhulian adalah merupakan bisnes yang pertama saya. Saya terlibat dengan bisnes Zhulian ini setelah diperkenalkan oleh rakan suami  pada 2009. Setiap malam saya dan suami akan pergi mendengar taklimat bagi mengembangkan bisnes. Pada masa itu, anak sulung saya masih kecil dan masaih menyusu badan lagi. Pada permulaan memang saya boleh dianggap berjaya kerana  atas usaha dan kerja keras saya dan suami, kami memperoleh bonus lebih kurang RM 700. Seronok tidak terkata, tetapi lama kelamaan kurangnya komitmen dan kurang fokus membuatkan bisnes tidak menjadi.

Pada 2011 saya memulakan langkah sekali lagi dalam bisnes iaitu bisnes tudung secara online. Masih segar lagi dalam ingatan tudung yang saya jual adalah tudung Obama dengan harga serendah RM 10. Tudung yang saya perolehi ketika itu adalah dari pemborong tudung yang merupakan kawan kepada suami. Walaupun tudung habis dijual tetapi bagi saya ianya tidak begitu memberangsangkan. Ketika saya perkenalkan kepada kawan-kawan, rata-rata mereka tidak berminat dan lebih berminat tudung segera atau tudung yang terus dipakai. Ini membuatkan saya terfikir untuk mencari ilmu dalam perniagaan. Saya tidak tahu bagaimana untuk menarik minat pelanggan dan cara strategik pemasaran yang bagus dan berkualiti. Bagi saya, ini mungkin kurangnya ilmu dalam perniagaan dan juga tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bisnes secara online.

Sebenarnya tanpa ilmu pasti tidak akan berjaya. Kini, saya mengambil pendekatan mengumpul sedikit sebanyak  ilmu terlebih dahulu kerana ilmu sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Dalam mendapatkan ilmu, saya sentiasa bersama encik Google sehinggalah saya menjumpai Akedemi Bekerja Dari Rumah. Bermula dari situ saya berkenalan dengan Anys Idayu. Sebelum saya mengikuti ABDR, saya membeli ebook Belajar  Asas Blog terlebih dahulu. Selepas itu, saya mengikuti Kelas Asas Blog dan Fan Page Mula Bisnes. Banyak yang saya belajar dan masih belajar daripada zero kini sudah terisi sedikit ilmu. Sebenarnya saya bermula pada tahun ini. Saya memilih Kelas Asas Blog dan Fanpage, Mula Bisnes adalah sesuai untuk saya yang kosong dan tidak tahu berkaitan urus niaga online.

Apa-apa pun pengalaman lalu banyak memberi motivasi kepada saya. Kata orang"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian”. Bagi orang-orang yang berjaya, setiap kesalahan, kegagalan, malahan hingga muflis dan kegagalan demi kegagalan merupakan guru terbaik yang akan mematangkan mental dan membimbing mereka menciptakan kejayaan. Maha Suci Allah SWT yang telah mencipta segala sesuatu pasti ada maknanya. Apa yang pasti tepuk dada tanya hati percaya kepada diri dan berusaha. 
----------------------------------------------------------------------------------
Pendaftaran masih dibuka. Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama. 
TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

 
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship produk makanan
-dropship telekung solat
-dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Kelas penulisan ebook

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaibrahim

No comments:

Post a Comment