Thursday 27 November 2014

Trend Makanan Sunnah

Teks: Roszila Ibrahim

Masa berganti hari, minggu berganti bulan dan tahun, tanpa disedari, pengambilan makanan sunnah atau produk berasaskan makanan sunnah kini menjadi fenomana. Semenjak isu halal haram hangat diperkatakan, kepekaan untuk mencari produk yang benar-benar halal menjadi keutamaan kini termasuk dalam soal pemakanan seterusnya memperlihatkan trend pengambilan makanan sunnah. Pelbagai jenama produk yang berasaskan makanan sunnah. Masyarakat kita khususnya orang Islam mula sedar wajarnya memilih makanan yang terbukti halal tanpa rasa was-was. Ia menjadikan masyarakat mula membuka mata akan kepentingan mencari makanan yang diyakini kesuciannya.

Makanan sunnah juga semakin menjadi pilihan masyarakat sebagai alternatif menggantikan pengambilan suplemen tambahan seperti vitamin dan jamu. Produk berasaskan "makanan sunnah" seringkali disebut sebagai makanan terbaik. Kini, ramai orang sudah membuka mata  akan keistimewaan yang penuh dengan khasiat tersirat dan baik untuk kesihatan. Ia menjadi trend terkini sehinggakan mempunyai permintaan yang tinggi khususnya dalam kalangan umat Islam. Perkara sebegini memberi suatu dimensi baharu dalam dunia pasaran makanan. Masyarakat kita dilihat mempunyai daya inisiatif untuk mencari alternatif dalam penjagaan kesihatan.

Seperti yang kita ketahui antara makanan sunnah yang perlu diamalkan dalam pemakanan kehidupan seharian kita seperti kurma, kismis, madu buah tin, buah zaitun, habbatus sauda, buah delima, buah apricot, kacang badam, za’faran dan banyak lagi. Bagaimanapun, janganlah kita sekadar dijadikan amalan bermusim. Amalkan setiap hari kerana memang banyak manfaatnya. Zaman beredar dan berubah, namun sunnah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW tetap tidak berubah.
--------------------------------------------------------------------
Di ABDR menyediakan makanan sunnah, anda bukan saja boleh menjadi pengguna malah dapat menjana pedapatan melalui bisnes makanan sunnah. Di ABDR  anda boleh mula dalam kelas online blog bisnes. Belajar berbisnes online secara dropship dengan menggunakan produk yang akademi sediakan dan berpeluang belajar hasilkan blog kedai online.
ABDR menawarkan beberapa produk pilihan untuk dropship. Hanya pilih yang mana anda suka:
1. Makanan sunnah (air zam-zam, jus delima, zafaran, jus kurma dan lain-lain)
2. Produk makanan (nasi arab, serunding, keropok keping, tamar coco dan lain-lain)
3. Telekung solat
4. Produk islami (e-iqra, quran digital)
Pilih dropship dan belajar hasilkan kedai online blog. Belajar bagaimana nak mula perkenalkan produk di facebook dan blog.

Untuk sertai kelas ini, anda boleh hubungi saya.


No comments:

Post a Comment