Monday 17 November 2014

Rasa Putus Asa

Teks: Roszila Ibrahim

Semua yang bergelar insan pastinya telah dan pernah berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidup pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran.

Rasa berputus asa itu adalah normal. Ia berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun apabila kita melihat dari sudut positif, rasa putus asa itu sebenarnya adalah satu keadaan yang mencabar kita membuat pilihan, sama ada mahu terus ke hadapan ataupun berundur (menyerah kalah).

Pilihlah untuk terus ke hadapan agar kita semakin terisi dengan semangat yang kental.
Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa. Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut.  Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Ujian yang datang  adalah sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik.
Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”.
_________________________________________________________
Pendaftaran masih dibuka. Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama. 
TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :

Pendaftaran setiap hari, pilih mana-mana kelas pilihan ABDR
1. Kelas asas blog penulisan
2. kelas asas blog fanpage mula bisnes di Johor Bahru (22/11 & 29/11)
3. kelas asas blog fanpage mula bisnes online 
4. kelas blog bisnes dropship abdr 
5. Pendaftaran pengurus online akademi
6. Bengkel urus akaun bisnes / kelas akaun online
7. kelas penulisan ebook
8. kelas jana wang di Kota Bharu Kelantan (29/11)

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaibrahim

No comments:

Post a Comment