Thursday 6 November 2014

Sup Ketam

Teks: Roszila Ibrahim
Sup ketam yang sedap , tapi tak ramai yang suka buat sup ketam kan ? biasa ketam akan buat masak cili atau ketam masak lemak cili padi betul tak? Resepi ini sedap, ringkas dan cepat.

Bahan-Bahan
4 ekor ketam bunga.
4 labu bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 sm halia (dikisar)
1 bungkus sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
2 batang serai
Garam secukup rasa
Daun saderi
Air secukup 

Cara membuatnya
1. Bersihkan ketam dan tos
2. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut.
3. Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.  
Khasiat ketam
§  Ketam rendah kalori
§  Ketam di percayai boleh merawat denggi
§  Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
§  Ketam ada lemak tak tepu yang dianggap untuk jantung yang sihat
§  Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
§  Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.
§  Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.


No comments:

Post a Comment