Tuesday 31 March 2015

Pekej Ebook

Alhamdulillah, selamat pagi.
Assalamualaikum... Salam sejahtera, hari yang indah...sinaran mentari pagi mula menyinari alam ini. Bersyukur kita kerana masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini dan melihat keindahan suasana alam ciptaan Ilahi apabila mentari mula menyinar.

Mulakan hidup hari ini dengan penuh keceriaan bersama sinaran cahaya mentari pagi yang cerah dengan penuh semangat, berfikiran positif dan penuh tenaga! Semoga kita dapat memulakan hari ini dengan penuh semangat dan ceria.

Hari selasa, hari terakhir untuk bulan Mac. Masa tetap berjalan  tetapi kembara ilmu tetap berjalan seperti biasa setiap hari, tanpa jemu. Dapatkan pakej-pakej menarik untuk bulan April, rugi sangat kalau tak rebut.
Siapa yang berminat boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

Monday 30 March 2015

Tips Berbisnes di Facebook

1.Elakkan tagging friends, terutamanya yg sedang kencang berniaga. Bayangkan Jika setiap ruang komennya mendapat komen setiap minit, friends yang lain juga akan mendapat vibrate dan bunyi notification pada setiap minit. Ini boleh mengganggu privacy friends tersebut dan kurang disenangi.
2. Tagging juga adalah perbuatan menceroboh privacy wall friends yg lain. Minta kebenaran terlebih dahulu.
3. Create page niaga dan invite friends ke page niaga tersebut untuk ikuti perkembangan niaga kita.
4. Jika ingin letakkan tentang perniagaan di wall sendiri, elakkan tagging kerana setiap friends dapat melihat notification update wall kita di newsfeed mereka.
5. Boleh berkongsi selalu walau berulang hanya di wall sendiri namun elakkan tagging dan paksaan membeli melalui private message. Sekiranya orang berminat, mereka akan pm kita di inbox.
6. Beri peluang pelanggan berfikir dan hormati mereka. Biar mereka buat keputusan bila tiba masanya. Jika mereka tak memerlukan usah kecewa. Yakin lah rezeki allah ada yg lain, lebih luas lagi.
Gunakanlah apa sahaja kaedah pemasaran yang ada sekarang, mudah sahaja. Facebook, blog, fanpage.
Blog salah satu kaedah yang kita boleh promosi tanpa henti, saya pasti ramai yang sudah cuba menghasilkan blog sendiri tapi masih belum berjaya.
Mudah sahaja. Sertai kelas online blog yang kami anjurkan. Masa belajar sangat fleksibel dan sesuai untuk rutin harian kita yang sentiasa sibuk. Tak ada limit masa untuk belajar. Belajar dan terus buat blog bisnes yang anda mahukan.
Untuk belajar menggunakan blog sebagai medium perkongsian, boleh serta kami di ABDR, Kami buka pendaftaran setiap hari
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.
Boleh daftar mana-mana kelas online ABDR berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan melebihi 1000 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.
Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh daftar dan pm. Kami bersedia membantu.
Hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

Friday 27 March 2015

Kelebihan Membaca surah Yasin


Salam Jumaat...

Ayat 1-9 : Doa untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Doa untuk melindungi diri sama ada lindungi daripada orang jahat seperti orang kafir. Kalau nak lindungi rumah daripada pencuri,baca ayat ni dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ia boleh juga melindungi diri daripada dianiayai dan beri perlindungan ketika tidur. Caranya : Baca ayat ini,Surah Al-Fatihah,Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan ayat Kursi.

Ayat 12 : Ayat ini merupakan jantung Surah Yasin dan Rasulullah sangat berharap semua umat Islam menghafal ayat ini.

Ayat 13-35 : Ayat-ayat ini mengisahkan tentang orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22-23 : Ayat ini digunakan untuk menjaga aqidah dan boleh juga dijadikan doa untuk hidayah kepada anak-anak kita nanti.

Ayat 29 : Ayat ini boleh dijadikan amalan sebagai pelindung diri untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan menjadi mangsa kejahatan mulut orang. Ia juga digunakan jika kita merasakan ada orang menfitnah atau menganiayai kita. Lebih afdal jika selepas kita membacanya,kita semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 : Untuk memupuk keinsafan. Kita memohon agar dipertemukan dengan Allah dan semoga Allah sentiasa berada di hati.

Ayat 32 : Ayat ini boleh melembutkan dan menginsafkan hati orang lain. Kita sentiasa perlu saling mengingatkan bahawa segalanya datang daripada Allah dan kita merupakan umat nabi Muhammad SAW.

Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi yang suka berkebun dan bercucuk tanam. Insya Allah,tanaman akan menjadi subur.

Ayat 36 : ayat ini menerangkan tentang Sunnatullah iaitu setiap makhluk dan kejadian dijadikan secara berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi orang yang belum berkahwin dan belum mempunyai jodoh. Caranya : baca ayat ini 7 kali dan tiup di dalam tadahan tangan serta menyebut "Al-Wadud" sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan ke muka.Amalkan setiap pagi.

Ayat 37 : Ayat yang diamalkan untuk menetapkan hati iaitu akidah diri. Doa ini juga boleh menyuburkan semula hati yang kering dengan makanan rohani.

Ayat 38 : Ayat yang mengisahkan bahawa bulan dan matahari juga bersujud kepada Allah SWT

Ayat 39 : Mengusahkan tentang ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan bahawa Allah SWT Maha Esa = satu.

Ayat 41 : Mengisahkan tentang Nabi Nuh menaiki kapal. Ayat ini elok dibaca ketika menaiki kenderaan

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia. Ayat ini dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48 : Ayat yang menceritakan tentang kedegilan orang kafir kepada Allah SWT.

Ayat 49 : Ayat yang menceritakan tentang Hari Akhirat dan kehidupannya.

Ayat 50 : Menyatakan bahawa semua orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Ayat yang merupakan salam daripada Allah SWT. Jika kita sakit kepala,baca ayat ini dan sapukan ke atas kepala. Ulang sebanyak 3 kali. Jika sakit anggota, hati tidak tenang,baca sebanyak 7 kali dan gosok pada tempat yang sakit.

Ayat 76 : Dibaca untuk tenteramkan diri apabila difitnah,bila sedih,sebak atau kecewa. Caranya : baca sambil urut dada.

Ayat 78-79 : Ayat yang dikhaskan untuk sakit tulang,urat dan badan. Untuk dijadikan doa,baca dari maksud ayat "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal ia telah hancur?"(Ayat 78 dan 79). Bacalah jika sakit tulang,retak atau patah.

Ayat 82 : Untuk memohon hajat. Baca sebanyak 100 kali pada air dan minum selama 40 hari. ia juga boleh dijadikan penawar. Kita juga boleh melakukan solat Tahajud 3 kali berturut-turut, baca ayat ini pada air 100 kali dan berdoa apa sahja yang dihajati.

-------------------------------------------------------------------------------------------
Jom belajar lebih lanjut cara menghasilkan blog yang disukai pembaca, dalam kelas online blog ABDR.
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
Kami buka pendaftaran setiap hari.  Boleh mula daftar dan belajar hari ini. Boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559


Wednesday 25 March 2015

Renungan..

Sumber: ustazah Norhafizah Musa

Mengapa beri sisa kepada Allah?
~Kadang-kadang dalam kesibukan kita hanya memberikan sisa-sisa masa, tenaga dan keinginan kita sahaja kepada Allah SWT. Bukan yang berkualiti kita persembahkan kepada-Nya. 
~Kita siapkan tugasan kita dahulu, kita tengok tv dahulu, kita habiskan perbincangan dahulu, mesyuarat dahulu. Kita anggap itu amat penting. Selepas itu barulah kita nak solat.
~Dalam masa yang tersisa itupun kita masih berkira-kira dengan Allah. Nak duduk berzikirpun rasa cukup berat, nafsu rasa berat, kita rasa nak cepat saja.
~Itulah nilai yang kita sembahkan kepada-Nya sedangkan Dialah yang mencipta dan menentukan ke mana kita nanti.
____________________________________________________________ 
 Kami menerima pendaftaran setiap hari. Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel

Jom siapa yang berminat boleh hubungi saya untuk pendaftaran email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

Tuesday 24 March 2015

Kelas Asas Blog & Fanpage Serta Beriklan Di Instagram





















Siapa yang boleh sertai kelas ini ?
-Surirumah yang tidak mempunyai asas untuk berniaga secara online dan tidak tahu di mana harus bermula.
-Mereka yang mahu menggunakan platform blog, fanpage dan juga Instagram sebagai tempat untuk membuat promosi atau menjual produk.
-Mereka yang mahu belajar menggunakan platform percuma melalui blogspot untuk memulakan langkah pertama untuk dikenali di dunia blogging.

Apa yang akan diajar di kelas ini ?
-Bagaimana untuk bina email sebagai penjenamaan diri dan membina sebuah blog yang dikenali
-Bagaimana untuk membina sebuah fanpage yang akan disukai pembaca
-Bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage dan untuk saling mempromosikan keduanya tanpa mengeluarkan kos untuk iklan
-Bagaimana untuk membuat borang pesanan bagi memudahkan mengambil pesanan
-Bagaimana untuk bina akaun Instagram
-Bagaimana untuk membuat post gambar ke akaun Instagram & link ke platform sosial seperti facebook & twitter
-Bagaimana untuk membuat video pendek guna Instagram dan kongsi ke platform sosial yang lain
-Tips maksimumkan jualan dengan hashtag (#)
-Tips naikkan follower (pengikut)
-Bagaimana untuk masukkan link akaun Instagram ke blog


Terhad untuk 10 orang sahaja satu sesi ya, jom cepat-cepat daftar.Pendaftaran Kelas asas blog serta beriklan di instagram masih dibuka sehingga esok

Untuk pendaftaran, boleh hubungi saya
 email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

Monday 23 March 2015

Kelas Urus Akaun Bisnes

Teks: Anys Idayu Zakaria
Foto: Koleksi ABDR

Alhamdulillah, selamat pagi usahawan online.       










Pelajar yang sertai kelas urus akaun bisnes secara online berpuas hati dengan kelas ini. Sangat tidak rugi katanya melabur RM 150.00 untuk kelas akaun ini.



















Bagi yang berminat untuk sertai kelas urus akaun bisnes, kami adakan sesi kelas setiap bulan. Hari Ahad atau Sabtu, mengikut tarikh yang ditetapkan dan dipersetujui trainer.

Untuk sesi kelas seterusnya akan diadakan pada hari Ahad ini

Tarikh: 29 Mac 2015 (Ahad)

Masa: 9.30pg - 12.30tgh


Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

Yuran : RM150

Bonus : Ebook 101 idea home based bisnes & beriklan di soho directory setahun

Tinggal 2 kekosongan sahaja lagi untuk tarikh ini. Jom siapa yang berminat boleh hubungi saya untuk pendaftaran email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559                                                                                 

Friday 20 March 2015

Taubatlah Setiap Masa

Sumber: Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani

Salam Jumaat.
Ambillah kesempatan, hidup ini kesempatan untuk ketaatan..bukan membiarkan dalam kelesuan dan kemaksiatan, jika sudah berada di pembaringan, disaat itu penyesalan tidak membawa apa2 keuntungan..

Hidup dan mati merupakan sunnatullah
berebut peluang sewaktu hidup sebelum dimatikan oleh Allah
tiada siapa yang kekal di dunia sementara ini
sehebat mana pun yang ada padanya,
pasti ia akan menemui kematian!

raja yang berada disinggahsana,
doktor yang sentiasa mengubati pesakit jua akan mati!
taakala mati, tiada lagi gelak ketawa, gurau senda,
yang ada ialah amalan yang dibawa…  

pagi yang diberi kehidupan untuk
mendapatkan bekalan yang di bawa.
Bukan bekalan untuk ditinggalkan didunia ini..
Taubatlah setiap masa
 ________________________________________________________
Jom belajar lebih lanjut cara menghasilkan blog yang disukai pembaca, dalam kelas online blog ABDR
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog mula bisnes
-Dropship produk makanan
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islamik
- produk sendiri
3. Kelas asas blog penulisan kreatif
4. Kelas asas blog iklan mudah.my
5. Kelas penulisan ebook pertama
6. Kelas akaun wahm soho online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan iklan bersama kami
9. Tempahan blog bisnes- siap 3 hingga 5 hari.
Anda boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559


Thursday 19 March 2015

Kisah Inspirasi Ebook Yeah Mama Sudah ‘Resign’

Sumber: Anys Idayu

Kisah-kisah yang sangat memberi inspirasi kepada semua. Sangat tersentuh hati membaca intro penulis, dan beberapa kisah lain. Bagi suri yang sangat teruja dan tidak sabar untuk berhenti kerja, baca dulu pengalaman dan kisah inspirasi mereka yang sudah letak jawatan.

























Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.

Nota inspirasi 5
1hb April 2015 ini genap 5 tahun saya berhenti kerja. Saya yakin, rezeki di tangan Allah. Saya menikmatinya selagi usia masih dipinjamkan untuk saya lalui bersama keluarga yang saya sayangi. Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya. Segalanya telah Kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sederhana tapi ia sempurna
Saya tidak mengatakan menjadi WAHM atau menjadi surirumah ini mudah, namun percayalah, ia amat berbaloi. Yang penting, kita mestilah mempunyai niat yang betul. Untuk berjaya sebagai WAHM memerlukan ketabahan, keyakinan dan ilmu. Yakinlah pada rezeki yang telah Allah tentukan. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan.
Akhir kata untuk perkongsian ini, “Yeay! Mama Saya Sudah Resign” bukanlah mimpi ngeri atau berakhirnya sebuah perjalanan karier seorang wanita. Malah, ia adalah permulaan kepada kehidupan berkeluarga yang lebih indah dan membahagiakan. Yang penting, kita harus bijak mengambil peluang agar kita mampu menjana pendapatan sendiri dari rumah.

Nota inspirasi 6- Umi Arbee Ali
Saya selesaikan seberapa banyak hutang. Lupakan kad kredit. Adakan simpanan, insuran dan pelaburan secukupnya. Segera cukupkan simpanan untuk haji rukun Islam kelima. Latih diri hentikan perbelanjaan mengarut dan tidak perlu. Belajar berjimat dan menyimpan setiap hari. Belajar memasak pelbagai menu. 

Dari status pengedar, saya sasarkan bergelar stokis supaya pendapatan separuh masa menyaingi gaji hakiki saya. Saya membaca banyak buku berkaitan rezeki dan bina keyakinan serta kesedaran bahawasanya segala-galanya adalah milikNya. Saya dapatkan idea dan buka minda akan realiti WAHM. Melatih diri pengurusan masa dan rumahtangga.

Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan Dia (Allah) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-'Ankabut ayat 62

Telah empat bulan bergelar WAHM, saya masih mampu menghulur duit belanja kepada orang tua, membayar bil, menolong suami dan menggembirakan keluarga dengan percutian. Keluarga tetap utama. Bak kata orang tua, belajar setinggi mana tetap ke ceruk dapur juga. Tetap mengasuh anak jua. Namun, saya bahagia.

Nota inspirasi 8-Izzah Razak.
18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah. Tidak lama kemudian, adik saya pula menelefon menjerit menyatakan.

“Kaklong, mak dah tak ada."
Ya Allah sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. Kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja. 

Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.

Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal.

Nota inspirasi 9- Nor Atiqah Hamidi
Perkara paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami dan pertolongan dari Allah.

Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah.
Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. 
Pastikan sebelum berhenti sudah ada pelan tindakan. Ketika masih bekerja sudah mula mengali ilmu dan mencari mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita sudah pun dari awal membina landasan. Jangan berkira untuk mencari ilmu. 

Baca lebih banyak lagi dalam EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN
Untuk dapatkan ebook ini, kalian boleh buat pembelian terus melalui saya, dengan HARGA PROMOSI RM20 Sahaja. 
Boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559


Tuesday 17 March 2015

4 Golongan Manusia


Sedarkah kita bahawa jika direnungkan ada empat golongan manusia dalam hubungan dengan masyarakatnya:
1.Orang yang baik,tetapi kebaikan itu hanya untuk dirinya sendiri sahaja.
2.Orang yang jahat,tetapi kejahatannya merosakkan dirinya sahaja.
3.Orang yang baik dan berusaha agar orang lain juga baik.
4.Orang yang jahat dan selalu berusaha merosakkan orang lain dalam masyarakat.
Kata pepatah,
jika kita tak boleh menjadi garam yang boleh menyelamatkan ikan dari busuk,
maka janganlah menjadi lalat yang merosakkan ikan.
Kita digolongan mana?
Jika kita tak boleh berbuat baik dalam masyarakat,
janganlah rosakkan orang lain yang berbuat baik pada masyarakat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

Monday 16 March 2015

Ebook terkini: YEAY!MAMA SUDAH RESIGN dan SURI RUMAH JUGA BOLEH BERBISNES

Pertimbangkan 10 perkara penting ini sebelum mengambil keputasan untuk berhenti bekerja :
1. Kenalpasti samada kewangan sudah stabil atau tidak
2. Kenal pasti juga punca kewangan untuk pendapatan aktif dan pasif
3. Merancang kewangan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang
4. Tentukan jenis bidang atau industri yang mahu diceburi
5. Berunding dan mendapat persetujuan pasangan sebleum membuat keputusan.
6. Yakinkan diri sendiri, sebelum dapat menerima pandangan keluarga, sahabat dan masyarat.
7. Yakin dan berani membuat keputusan kerana cabaran selepas bergelar WAHM SOHO adalah lebih mencabar.
8. Tahu apa matlamat dua tahun, tiga tahun dan 10 tahun
9. Bersedia fizikal dan mental
10. Bersedia apabila usaha menambah pendapatan di rumah gagal anda ada perancangan lain.
Sangat ramai yang teruja mahu berhenti kerja. Sebelum itu, baca dulu kisah inspirasi suri yang sudah resign. EBOOK YEAY!MAMA SUDAH RESIGN akan memaparkan 30 kisah mereka yang sudah berhenti kerja.
DAN

Baca kisah perkongsian penulis yang berhenti kerja, dan hanya menjalankan bisnes secara online melalui EBOOK SURI RUMAH JUGA BOLEH BERBISNES 

Sudah boleh order dan dapatkan hari ini.


Promosi MAC, Hanya RM30 Untuk dua ebook
Boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

Thursday 12 March 2015

55 Amalan Sunnah RASULULLAH saw

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.
8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?
26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....
-------------------------------------------------------------------------------
Jom belajar lebih lanjut cara menghasilkan blog yang disukai pembaca, dalam kelas online blog ABDR
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog mula bisnes
-Dropship produk makanan
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islamik
- produk sendiri
3. Kelas asas blog penulisan kreatif
4. Kelas asas blog iklan mudah.my
5. Kelas penulisan ebook pertama
6. Kelas akaun wahm soho online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan iklan bersama kami
9. Tempahan blog bisnes- siap 3 hingga 5 hari.
Anda boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

Tuesday 10 March 2015

Belajar Asas Akaun Secara Online

Sumber: ABDR


















Boleh pilih kelas dan tarikh berikut:
1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 13 Mac 2015, Jumaat
dan 27 Mac 2015, Jumaat
Masa: 9.30pg - 12.30tgh

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Klik sini untuk pendaftaran
     atau boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559