Tuesday 14 October 2014

Jaga Lidah Bila Berkata-Kata

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamualaikum...

Setiap kata-kata itu adalah doa, oleh itu sentiasalah berkata yang baik sama ada untuk diri sendiri atau sesama saudara. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Kita lahir dengan dua mata, dua telinga tapi kita hanya diberi satu mulut. Ini kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam. Mulut mampu menyakiti, mampu membunuh, menggoda dan banyak lagi. Oleh itu, sentiasa menjaga bila berkata-kata.


Berkata-kata memang mudah tapi sedarkah kita bahawa setiap kata-kata itu adalah doa. Sebaik sahaja kita menuturkan kata-kata tersebut memang tidak boleh ditarik balik. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita perkatakan menyinggung hati dan perasaan orang lain, mungkin kita berniat baik tapi tapi tanpa disedari kata-kata tersebut tidak dapat diterima oleh orang tersebut.

Sebaiknya sebelum berkata-kata kita fikir dulu apakah sesuai kata-kata itu disampaikan. Jika baik kata-kata yang dilafazkan, kita berdoa yang terbaik tetapi jika buruk kata-kata yang dilafazkan maka kita berdoa yang buruk.  Peringatan ini untuk diri sendiri dan untuk semua.  Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment