Wednesday 5 November 2014

Warna- Warna Dalam Perniagaan

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Google

Entri saya kali ini adalah berkaitan warna. Pasti semua orang mempunyai warna pilihan masing-masing. Dari dulu sampailah sekarang saya memang meminati warna terang iaitu merah. Di sini saya ingin jelaskan tentang warna dalam perniagaan. Sememangnya warna memainkan peranan penting dalam perniagaan dan tidak dapat dinafikan. Warna perniagaan adalah adalah satu pekara yang wajar diberikan perhatian oleh para usahawan.. Ini kerana, rata-rata perniagaan yang terkenal mempunyai identiti warna tersendiri. Malah, salah satu cara untuk mengingati sesebuah perniagaan melalui warna mereka dan terdapat tiga unsur penting dalam penjenaman iaitu warna, Logo dan Slogan. Contohnya MILO warna hijau dan putih. Slogan ‘Minum milo anda jadi  sihat dan kuat’.


Bukti yang menunjukkan warna adalah salah satu faktor menarik minat pembeli dan maksud setiap warna adalah:
  • Hijau – Natural, asli, sihat dan semula jadi. Sesuai untuk produk yang berkaitan dengan ketenangan.
  • Putih – Tulen, suci, neutral, bersih dan muda. Sesuai untuk produk kecantikan dan spiritual.
  • Merah – Bersemangat, berkuasa, agresif, ekstrem dan ghairah. Warna ini adalah warna yang menarik perhatian dan mampu meningkatkan kadar denyutan jantung (tekanan darah). Warna merah boleh menambahkan keseronokan kepada jenama bisnes.
  • Hitam – Kuasa dan elegan. Sesuai untuk produk premium, mewah dan ‘misteri’.
  • Biru – Tenang, autoriti, kesetiaan, keyakinan, kejayaan dan boleh dipercayai. Warna ini adalah neutral untuk kebanyakan situasi.
  • Oren – Bertenaga, seronok dan riang.
  • Kuning – Kegembiraan, kebahagiaan, kehangatan, isyarat dan optimis. Mengikut satu kajian, warna kuning adalah warna yang pertama sekali akan ‘ditangkap’ oleh retina mata berbanding warna-warna lain. Sebab itu warna kuning digunakan pada papan tanda isyarat jalan raya. 
-----------------------------------------------------------------------------------------
Waktu paling TERBAIK untuk mula bisnes?
SEKARANG. YA LAKUKANNYA MULAI SEKARANG.
Mencari duit lebih?. Yuran sekali sahaja kalian akan dapat
1. Dibimbing buat blog
2. Dapat Ebook
3. Kumpulan sokongan- Insya Allah kalau anda aktif momentum anda sentiasa akan meningkat
4. Komisyen - bergantung pada usaha anda
Semua atas talian cuma perlu ada laptop/komputer/smart phone & internet. Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaIbrahim



No comments:

Post a Comment