Sunday 23 November 2014

Air Jernih Dari Langit

Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Google

Alhamdulillah ya Allah..Hujan, air jernih dari langit yang setiap titisnya adalah rahmat, membawa rezeki kepada seluruh hidupan di muka bumi. Hujan yang turun bagaikan mutiara, Berkilau bersinar berkerdipan, Subur menghijau bumi terbentang, Dan bayu berpuput lembut begitulah bait-bait lirik Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang mendamaikan. Hujan yang turun ini telah memberi inspirasi untuk saya memenuhi ruang entri ini. Fikiran yang tenang dan suasana yang sejuk begitu mendamaikan. Hujan yang turun dengan tempohnya tersendiri, kadangkala lambat (renyai) dan kadangkala cepat (lebatlah tu) Sesungguhnya indahnya hujan ciptaan Ilahi.


Namun masih ada yang sanggup mengeluh dan membenci. Hujan yang dianggap sebagai penghalang untuk mereka melakukan sesuatu aktiviti luaran. Sepatutnya kita harusnya bersyukur kerana ketika hujan turun, suasana panas akan menjadi dingin. Air yang turun membasahi bumi menyejutkkan bahang udara yang panas. Di saat inilah masa yang sesuai untuk menikmati ketenangan sambil merenung titisan hujan yang turun. Semoga kita sentiasa bersyukur dan dan jangan lupa berdoa.

Bawa basikal perlahan-lahan,
Jangan nanti jatuh tersungkur,
Hujan turun kerja Tuhan,
Kita hanya ucap syukur.

-----------------------------------------------------------------------
Pendaftaran masih dibuka. Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama. 
TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :

Pendaftaran setiap hari, pilih mana-mana kelas pilihan ABDR
1. Kelas asas blog penulisan
2. kelas asas blog fanpage mula bisnes di Johor Bahru (29/11/2014)
3. kelas asas blog fanpage mula bisnes online 
4. kelas blog bisnes dropship abdr 
5. Pendaftaran pengurus online akademi
6. Bengkel urus akaun bisnes / kelas akaun online
7. kelas penulisan ebook
8. kelas jana wang di Kota Bharu Kelantan (29/11/2014)

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaibrahim

No comments:

Post a Comment