Saturday 7 October 2017

TIPS RINGKAS CARA TUKAR SKINCARE

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber : Dari  Karisma Cosmetik   

Sebelum anda tukar skincare apa perlu anda buat???
Baca betol-betol ye! Semua orang khusus perempuan pastinya tidak  sabar bila ingin mencuba skincare baru. Tak sabar nak muka jadi cantik.. Tapi ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum bertukar kepada skincare baru. Hendak tukar skincare perlu cara yang betul. Tidak boleh suka-suka main guna atau tukar terus je. Takut-takut nanti kesan gabungan atau reaksi antara produk lama yang sudah sedia ada di wajah anda dengan produk baru boleh bertukar menjadi racun pulak.

Tips Ringkas:
1.BERHENTI daripada terus menggunakan produk skincare yang anda gunakan sekarang dalam tempoh 7-14 hari. Boleh sapukan krim pelembap secara halus untuk mengelakkan kulit daripada menjadi kering. Cuci muka menggunakan air suam atau tuam muka dengan ais ketul.
2. Biarkan wajah kembali neutral selama sekurang-kurangnya 7 hari – untuk membiarkan wajah anda bebas daripada sebarang produk. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, kita tidak mahu nanti kulit kita terkejut dengan kedatangan produk baru.
3. Sesetangah orang akan mengalami masalah jerawat, rashes (ruam), kulit kering atau kulit berminyak pada peringkat permulaan menggunakan produk skincare yang baru. Ini adalah disebabkan oleh kesan daripada merkuri atau bahan kimia yang terdapat dalam produk skincare yang pernah anda gunakan sebelum ini. Jangan bimbang kerana kesan ini bersifat sementara sahaja.
4. Jika produk yang anda gunakan sebelum ini adalah produk biasa (yang dibeli dari farmasi kecantikan / counter product / shelf product), tiada merkuri dan wajah anda tiada sebarang masalah, 1 hingga 2 hari sudah cukup untuk neutralkan semula kulit wajah anda – kemudian boleh terus bertukar kepada produk baru.


No comments:

Post a Comment