Monday 30 June 2014

Tips Bisnes Orang Cina

Teks: Roszila Ibrahim
sumber: Google/ Ebook

Masyarakat Cina sememangnya terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan.  Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Terdapat beberapa tips yang boleh dikongsikan antaranya:
1.  Rajin atau melakukan perniagaan secara bersugguh-sungguh dan menganggap hobi yang perlu dilakukan sebaiknya.
2.    Jimat, jika tidak akan membazir modal. Wang bisnes tidak boleh digunakan sesuka hati tetapi perlu untuk digunakan sebagai pusingan dan membuat pelaburan.
3.   Sifat kerja keras, berani menanggung risiko, jujur dan mendapat sokongan padu daripada ahli keluarga.
4.     Tidak mengharapkan keuntungan awal sebaik sahaja memulakan bisnes. Tetapi kerja keras berterusan dapat menangani apa sahaja kemungkinan untung dan rugi dalam bisnes.
5.      Tidak boleh mudah berpuas hati dan kekal dalam zon selesa. Jadi usahawan perlu bersiap sedia dalam apa jua sahaja keadaan. Tidak mudah hanyut dengan keuntungan, sebaliknya berusaha dan mempunyai strategi agar bisnes turut konsisten dan berkembang.
6.    Tidak menangguh-nangguhkan kerja, mempunyai pengurusan masa yang baik dan bersikap proaktif. Sentiasa cekap dalam berfikir dan cepat dalam tindakan.

Semoga dapat manfaat dengan perkongsian ini. Bagi yang ingin memulakan bisnes dan mengetahui lebih banyak tentang bisnes dapatkan ebooks Mula Bisnes Butik Online/Ofline.






*****************************************************
Berminat ingin menjadi agent dropship Akademi Bekerja Dari Rumah. Ingin ketahui lebih lanjut, sila hubungi 
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 


Sunday 29 June 2014

Bisnes Dropship

Maksud Dropship
Dropship ialah menjual produk fizikal yang dibekalkan pembekal tanpa perlu egen jualan menyimpan stok. Bisnes Dropship sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah dan disarankan kepada sesiapa yang berminat. Saya juga kini berjinak-jinak dalam menjalankan bisnes dropship.

Tanpa Modal
Konsep dropship ini dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Model. Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes, pasti mahu bisnes yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Menarik kan?  Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya.

Kaedah Dropship
Bisnes dropship ini kita tidak perlu susah-susah nak bungkus barang pun. Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosikan barang-barang tersebut difacebook, fan page, blog, web jualan dan sebagainya. Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog. Kemudian mempromosikan kepada pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli agen menerima wang transaksi. Kemudian ambil komisyen. Wang yang sudah ditolak  komisyen (bahagian agen) baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar kepada pembekal. Pembekal akan menguruskan penghantaran produk. Menarik bukan?

Status Penghantaran dimaklumkan Kepada Agen
Agen akan memaklumkan status penghantaran, kod penghantaran dan juga tarikh barang dihantar. Agen akan berurusan dengan pelanggan, juga berurusan dengan pembekal. Maksudnya di sini agen adalah perantaraan antara pembekal dan pelanggan.


Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah dapatkan ebooks 101ideahomebasedbisnes.


**************************************************
Berminat ingin menjadi agent dropship Akademi Bekerja Dari Rumah. Ingin ketahui lebih lanjut, sila hubungi 
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 

Saturday 28 June 2014

Motivasi Diri

Teks: Roszila IbrahimSumber: Irfan Khairi

Entri kali ini saya ingin kongsikan perlunya motivasi dalam menjalankan perniagaan. Ianya amat sesuai yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan seperti saya yang selalu memerlukan kata-kata semangat.  Menurut Irfan khairi, kita perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam apa jua yang kita lakukan. Tidak kira dalam pelajaran, kerjaya atau apa jua perkara, kita mesti ada motivasi yang tinggi dan bersungguh-sungguh supaya kerja yang dilakukan berada di tahap yang memberangsangkan. Menjalankan perniagaan internet juga memerlukan motivasi yang tinggi. Motivasi boleh diibaratkan sebagai petrol yang memacu usahawan internet untuk mengejar impian yang mereka idamkan.
Pertama sekali, untuk mengekalkan momentum motivasi diri, anda perlu ubah persekitaran cara kerja iaitu dengan mencuba untuk bekerja dalam pelbagai bentuk keadaan. Dengan cara ini, secara tidak langsung dengan secara mudah akan dapat pelbagai idea baru.
Namun, dalam apa jua yang lakukan, pasti ada masalah yang akan hadapi dan hadapilah setiap masalah dengan tenang dan anggap sahaja masalah itu adalah cabaran. Itu adalah perkara biasa. Dalam perniagaan juga akan ada masalah tidak kira perniagaan offline atau online. Dalam perniagaan juga, seeloknya pelajari kehidupan daripada orang lain yang pernah melalui jalan kepayahan yang akan kita lalui juga. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri anda daripada melalui kegagalan yang sama yang pernah dilalui mereka. Ini juga akan mempercepatkan proses mencapai kejayaan yang anda impikan.
Di samping itu perlu bina dan rangka masa depan dengan lebih spesifik  dan cuba bayangkan yang anda sedang menikmati gaya hidup yang sangat anda idamkan seperti kereta idaman, rumah banglo idaman dan lain-lain lagi. Jika sebulan anda dapat menjana pendapatan 4 angka, anda perlu target untuk mendapatkan 5 angka pada bulan berikutnya pula. Begitu juga untuk bulan-bulan seterusnya. Anda perlu besarkan had pada diri anda.
Perlu kekalkan motivasi diri anda dan terus bertindak untuk mencapai cita-cita dan kehidupan yang anda idam-idamkan. Jangan tunggu terlalu lama untuk memulakan langkah pertama anda. Apa yang perlu adalah anda lakukan dan jangan bertangguh.
********************************************
  Berminat ingin menjadi agent dropship Akademi Bekerja Dari Rumah. 
Ingin ketahui lebih lanjut, sila hubungi 
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 
 

Friday 27 June 2014

Di Ambang Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta bulan banyak kelebihan. Jangan disia-siakan peluang yang ada ini. Ia datang sekali sahaja setiap tahun. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadah bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan. Tinggal dua hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Apabila mengimbau kenangan 5 tahun lalu, saya tidak dapat menunaikan ibadat puasa kerana berada dalam pantang anak pertama. Maklumlah anak pertama lahir 1 ramadhan. Seronok tengok ahli keluarga bersahur dan berbuka bersama dan dapat menikmati pelbagai juadah berbuka puasa dan saya hanya menjadi pemerhati. Apapun bulan Ramadhan sentiasa ditunggu-tunggu.

Bulan Ramadhan merupakan bulan limpahan rezeki bagi para peniaga. Bulan Ramadhan juga bulan yang penuh rahsia dan memberi keuntungan untuk para peniaga meraih bukan hanya amal ibadat dan pahala bahkan juga rezeki yang halal bagi menampung pendapatan keluarga. Di bulan yang mulia inilah ramai mengambil peluang untuk berniaga. Kesempatan dan peluang ada ini wajar diambil oleh para peniaga untuk terus berniaga dengan jujur dan ikhlas. Jika ikhlas berniaga dengan menjaga akhlak dan adab sewaktu berniaga di samping memasang  niat kerana Allah SWT bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata pasti Allah SWT akan mempermudahkan urusan perniagaaan. Selain bulan rezeki, bulan yang mulia ini juga merupakan bulan kesihatan, bulan silaturahim, bulan lembut hati, bulan memperbaiki institusi kekeluargaan dan macam-macam lagi. Pendek kata merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan.






Thursday 26 June 2014

Anak Anugerah Terindah

Teks: Roszila Ibrahim

Anak merupakan kurniaan Tuhan yang membawa kebahagiaan dan hiburan kepada keluarga.  Sekarang ini  
bermacam-macam kes berlaku terhadap kanak-kanak termasuk  lemas, hilang, kemalangan, jatuh dari rumah, culik, pederaan dan bermacam-macam lagi. Pendek cerita bahaya ada dimana-mana. Sebagai ibu bapa kita haruslah sentiasa berwaspada dan peka samaada di dalam rumah mahupun di luar rumah. Ibu bapa haruslah sentiasa memastikan bahawa anak-anak tidak lari daripada perhatian dimana berada. Sikap prihatin dan tanggungjawab pada setiap masa dan keadaan, tak kisahlah di mana kita berada walau apa yang sedang kita lakukan.


Anak-anak tetap berada ditakhta teratas bagi mengelakkan sebarang pekara buruk berlaku. Paling penting setiap ibu bapa perlu mengambil berat anak-anak. Ambil tahu mengenai anak-anak dari segenap segi kesihatan, pendidikan, pergaulan anak-anak dan sebaginya.Walau sesibuk mana pun, jangan abaikan tugas dan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu, jagalah dan peliharalah amanah  Allah dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Sentiasa berdoa kepada Allh supaya keluarga diberi keselamatan dan kesejahteraan serta dijauhi daripada pekara yang tidak elok berlaku.

Wednesday 25 June 2014

Minyak Masak

Teks: Roszila Ibrahim

Sudah lama saya mendengar berita tentang minyak masak kitar semula. Hari ini menjadi topik utama di Harian Metro mengenai minyak masak kitar semula. Kegiatan memproses minyak masak terpakai menjadi minyak masak baru bukan sahaja dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan pengguna, malah status halalnya diragui. Yang mengejutkan saya adalah berikutan minyak masak terpakai ini juga diambil dari premis memasak dan menjual makanan termasuk restoran bukan islam serta hotel, sebelum dikitar semula menjadi minyak masak baru.

Minyak masak yang dikitar semula itu kemudian dijual sebagai minyak murah di pasaran pasar malam dan kedai makan. Sepatutnya minyak yang dikutip dari premis makanan di seluruh negara itu hanya untuk kegunaan bio diesel tetapi disalah gunakan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dikitar semula. Kita patut berasa takut apabila memilih untuk makan di luar sebab kita tidak tahu tukang masak itu mengunakan minyak yang macamana. Memasak sendiri di rumah adalah jalan terbaik yang kita boleh  lakukan. Malahan minyak yang kita gunakan dekat rumah pun tidak elok digunakan secara berulang kali.

Oleh itu, kita kena beli minyak masak yang terbaik untuk keluarga. Walaupun beli minyak mahal pun janganlah gunakan minyak yang sama  sampai berulang kali tetapi syaratnya tidak lebih 3 kali. Penggunaan minyak berulang kali mengundang penyakit kanser terutama kanser usus dan perut serta penyakit jantung. Begitu juga jika membeli goreng-gorengan dekat pasar malam, kita fikir dua tiga kali dulu. Jenguk-jenguk sikit dekat kuali pengoreng tu, Kalau minyak hitam tidak perlulah beli. Janganlah kita tegur nanti tidak pasal-pasal kena jirus dengan minyak panas. Tepuk dada tanya hati

Tuesday 24 June 2014

Tips Kulit Cantik Dengan Kos Murah

Teks: Roszila IbrahimSumber/Foto: Google

Semua wanita termasuk lelaki mahukan kulit yang putih bersih tanpa sebarang cela dan noda noda dan pastinya semua mahukan kulit yang berseri-seri. Ada yang sanggup mengeluarkan belanja besar semata-mata untuk kulit yang putih dan cantik berseri. Sekarang saya hendak kongsikan tips cantik khususnya buat surirumah seperti saya, dimana tidak perlu risau kerana ianya menggunakan bahan alam semulajadi dan pastinya selamat. Kita boleh mendapatkan kulit yang cantik dengan kos murah dan bahan-bahan yang diperlukan senang untuk didapati di dapur kita sendiri. Tips Kulit Cantik berseri-seri kos murah ini.


Untuk kulit yang bersih iaitu potong setengah lemon dan letakkan 3 - 4 titik madu ke atas belahan lemon tadi. Setelah itu, sapukan belahan lemon itu tadi ke seluruh wajah anda. Biarkan campuran jus lemon dan madu tadi seketika dipermukaan wajah anda selama 5 minit. buat lah apa sahaja kerja sementara menunggu lepas itu cuci muka dengan air sejuk. Hasilnya serta merta kulit nampak bersih dan kelihatan berseri-seri.
Didapur mestilah ada telur kan. Jika kulit yang mudah kering,gunakan kuning telur sebagai masker. Sekiranya mengalami masalah kulit yang berminyak gunakan putih telur yang dicampur dengan perahan limau atau madu. Untuk kulit berminyak, gunakan keseluruhan telur sebagai masker.  Biarkan selama 30 minit lalu bilas, dan hasilnya wajah nampak bersinar.

Mungkin ramai masih tidak menyedari kunyit yang berada di dapur sebenarnya bukan sekadar boleh digunakan untuk menyedapkan atau memberi warna pada makanan, tetapi fungsinya melangkaui batasan itu.  Serbuk kunyit boleh diguna­kan dengan dicampur sedikit dengan air dan disapu pada wajah bagi membantu kulit lebih bercahaya, dan meratakan warna kulit. Selain itu boleh campurkan serbuk kunyit dengan sedikit jus limau nipis atau timun dan disapu ke seluruh wajah selama beberapa minit  sebelum dicuci. Penggunaan kunyit secara berterusan mampu membuatkan kulit wajah lebih berseri-seri.

Kebaikan kopi dapat menghilangkan kerutan di wajah. Caranya, hampas kopi yang telah digunakan jangan dibuang. Massage seperti scrub secara perlahan-lahan. Cara ini membuatkan kulit lebih halus serta lebih. Begitu juga dengan teh. Letakkan pada mata untuk membantu menghilangkan lingkaran hitam mata serta membuatkan mata lebih rileks dan tidk lagi sembab. Sebenarnya banyak lagi bahan di dapur boleh digunakan seperti tomato, lobak merah dan sebagainya. Oleh itu, gunakan bahan yang ada di dapur untuk menjaga wajah. 
 

Monday 23 June 2014

Cuaca Panas

Teks: Roszila Ibrahim

Awal tahun rakyat Malaysia gempar apabila cuaca sejuk ‘Luar Biasa’ melanda beberapa tempat di Malaysia. Antara yang mengalami suhu terendah dalam sejarah dalam negara adalah Kuala Krai Kelantan yang mencatatkan 17 darjah calcius manakala di daerah Besut di Terengganu mencatat suhu 19 darjah calcius. Tapi semuanya rahsia Allah kan, kini Malaysia mengalami perubahan cuaca yang amat ketara iaitu cuaca panas.

Menurut pakar kajicuaca, keadaan ini dijangka mungkin berlanjutan sehingga September depan. Hari ini, rata-rata orang ramai bercerita topik cuaca panas. Pada masa kini, kebanyakan tempat di Malaysia dilanda cuaca panas dan kering. Pagi tadi sebelum hantar anak ke tadika saya sempat tengok Malaysia Hari Ini yang turut membincangkan cuaca panas dan simptom yang muncul apabila cuaca panas seperti sakit kepala, keletihan, pening, mual dan muntah serta lemah otot-otot badan. Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk keletihan, kelesuan, kepenatan, pitam, pengsan, kekejangan dan strok


Menurut Pakar kesihatan dan perubatan menasihati orang ramai supaya tidak keluar rumah melainkan perlu menjalani aktiviti harian. Minum lebih air jika perlu keluar rumah dan jika melakukan aktiviti lasak, pastikan minum air setiap jam walaupun tidak dahaga seelok-eloknya tinggal lebih lama di rumah. Semasa musim panas, pakai pakaian longgar serta ringan dan berwarna terang agar memantul cahaya matahari. Kumpulan berisiko tinggi semasa cuaca panas termasuk kanak-kanak, mereka yang terlantar kerana penyakit kronik serta waga tua. Pesan saya elakkan anak-anak bermain diluar rumah. Jangan lupa minum air dan ini akan membantu badan mengawal suhu.

Sunday 22 June 2014

Tips Mengatasi Anak Susah Makan

Teks: Roszila Ibrahim

Anak susah makan merupakan antara permasalahan yang sering dialami oleh ibu bapa terutama para ibu. Saya juga tidak terlepas dengan situasi ini kerana anak kedua saya Rayyan Zafran memang susah makan dan tambahan kini anak saya tidak sihat. Lagilah tiada selera. Nasib baik hendak minum susu dan makan biskut. Nasi  pula  dua tiga suap je. Tertekan dan stress setiap kali memujuk si manja untuk menjamah makanan dan saya seringkali risau sama ada anak mendapat gizi seimbang setiap kali makan. Saya ada membawa anak berjumpa doktor pakar dan doktor mengsyorkan susu padiasure. Menurut doktor lagi sekiranya anak tidak mahu makan nasi, haruslah digantikan makan mi, bihun, biskut dan selalu menukar resepi.

Jika tidak diberi makanan takut perut masuk angin. Namun, bukan ibu tidak mahu bagi makanan tetapi anak yang tidak mahu makan, agak rumit dan hanya yang pernah merasainya akan mengetahui betapa sukarnya keadaan ini. Kadang- kadang terpaksa buat helah dan menipu supaya anak makan. Pekara ini sentiasa dialami oleh ibu bapa. Antara masalah yang sering dihadapi seperti menolak makanan, tidak suka makan sayur, hanya mahu makan jenis-jenis makanan yang tertentu sahaja atau mengemam makanannya di dalam mulut dengan tempoh lama tanpa mahu telan.

Terdapat dua punca yang menyebabkan masalah ini. Yang pertama ialah faktor fizikal termasuk kebarangkalian terdapat gangguan pada organ pencernaan mahupun terdapatnya jangkitan dalam tubuh seperti demam dan sebagainya. Walau bagaimana pun setiap masalah pasti ada jalanya. Terdapat beberapa tips untuk dikongsi bagi mengatasi masalah anak susah makan. Di antaranya:

-         -  Hias makanan atau sajian menarik
-         - Variasikan makanan berkhasiat
-          - Makan bersama-sama anak
-          - Jangan sesekali memaksa anak makan
-          - Masa makan teratur  
-           - Libatkan anak untuk menyiapkan makanan








Saturday 21 June 2014

Hari Sukan Dan Hari Keluarga

Teks: Roszila Ibrahim

Hari yang memenatkan. Hari ini hari sukan anakku Rania Zara dari pagi sampai tengahari.  Tenaga sudah berkurangan disebabkan cuaca panas tanpa angin.  Walaupun penat tetapi seronok dapat tengok anak-anak bersukan. Terpancar keseronokan diwajah para ibubapa sambil mengamabil gambar. Disediakan makan dan minum serta beberapa acara sampingan untuk ibu dan bapa serta juga acara teka teki. Pelbagai hadiah disediakan untuk pelajar, ibu dan juga bapa.

Saya tidak dapat joint acara untuk para ibu disebabkan anak kedua Rayyan Zafran  tidak sihat. Suami pula tidak dapat hadir diacara tersebut disebabkan tuntutan kerja. Walaupun rumah hijau yang diwakili oleh Rania Zara tidak mendapat tempat pertama tetapi anak seronok dapat hadiah untuk dibawa balik dan juga dapat cabutan bertuah. Bagusnya hari sukan dan hari keluarga ini dapat berkenal-kenalan sesama ibubapa pelajar dan dapat merapatkan hubungan silaturahim

Friday 20 June 2014

Mudah Disediakan Dan Enak Dimakan

Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Google

Entri kali ini adalah mengenai keadaan masa kini yang menutut sesuatu yang cepat dan pantas. Dewasa kini, banyak produk sedia untuk dimakan (ready to make) terdapat di pasaran dari produk makanan bayi hingga ke dewasa. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan yang begitu pesat sekali. Kini, masyarakat sibuk dengan pelbagai aktiviti contohnya muda mudi, pelajar dan pasangan yang berkahwin kedua-duanya berkerjaya dan memerlukan makanan dan minuman yang sedia untuk dimakan dengan cepat. 

Pada masa ini, orang akan tinggal di dunia yang pantas. Setiap orang mahukan perkara-perkara yang menjadi cepat dan akan siap dalam sekelip. Maka tidak hairanlah mereka tiada masa dalam penyediaan makanan. Oleh itu, sesuatu produk yang diperlukan bagi mengatasi masalah ini cuma sebagai penguna atau pembeli kena pandai memilih. Di antara produk:








Thursday 19 June 2014

Petua Nenek Moyang (Kebaikan Bedak Sejuk)

Teks: Roszila Ibrahim

Hari ini saya hendak kongsikan petua nenek moyang dahulu yang masih diguna pakai sehingga hari ini iaitu kebaikan dan kelebihan pakai bedak sejuk.  Sebenarnya saya tidaklah beriya- ia sangat beli macam macam produk kecantikan ni.  Cumanya setiap malam saya pakai bedak sejuk. Apa yang bagusnya bedak sejuk ini boleh dipakai oleh semua peringkat tanpa mengira umur dan jantina Jadi eloklah kita pakai bedak sejuk untuk menjaga kecantikan. Kalau hendak jaga muka tanpa berbelanja lebih dan lebih elok guna produk yang nutral daripada mengunakan produk yang banyak bahan kimia. Banyak kelebihan dan kebaikan memakai bedak sejuk. Di antaranya:

1.      Melicinkan kulit
2.      Memberi kesegaran kepada kulit
3.      Mengurangkan penghasilan minyak di kulit muka
4.      Menanggalkan sel  kulit mati
5.      Membantu menyejukkan kulit ketika terkena chicken pox
6.      Membersih dan menegangkan wajah
7.      Membantu pengecutan jerawat
8.      Menghilangkan ruam pada bayi
9.      Memutihkan kulit
10.  Mengecilkan liang roma
1




 Di antara  bedak sejuk yang pernah saya gunakan.



Wednesday 18 June 2014

Ikan Merah Stim Limau

Teks: Roszila Ibrahim

Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan resepi Ikan Merah Stim Limau. Selain ikan siakap, ikan merah juga menjadi kegemaran seisi keluarga. Sebenarnya apa jua jenis ikan memang boleh dimasak dalam pelbagai resepi seperti tiga rasa, goreng, masak merah, gulai dan lain-lain lagi mengikut selera masing-masing. Bak kata orang tepuk dada tanya selera. Cara untuk memasak resepi ini lebih kurang sama saja dengan resepi ikan stim yang lain yang beza cuma letak limau. Setiap orang punya citarasa berbeza dan ikut kretiviti hendak letak apa dalam masakan kita. Ikan Merah Stim Limau express, senang masak pakai pemangang ajaib.

Bahan-bahan(seisi keluarga)
-       -   Seekor ikan merah
-        -  Halia di hiris nipis
-         -  2 batang serai dimayang
-          -1 biji bawang besar dihiris
-          -3 biji bawang putih
-          -1 batang saderi di potong serong
-          -Lobak merah potong ikut suka
-          -Sedikit cili padi
-          -2 batang lada merah potong ikut suka
-          -Daun ketumbar
-          -2 sudu sos tiram
-          - Limau diambil jusnya
-         - Garam dan gula secukup rasa
-        -  ½ air

Cara- cara
1       -Letak ikan  ke dalam pemangang ajaib
2     - Taburkan bawang besar, bawang putih, serai, cili api dan halia.
3      -Panaskan Pemangang ajaib dan letakkan ½ cawan air atau ikut suka berapa banyak
4      -Masukkan sos tiram, gula, garam secukup rasa dan perahan limau nipis (ikut suka)
5      -Tutup seketika dan masak dengan api sederhana
6      -Bila sudah separuh masak masukkan lobak merah, lada merah, batang sederi tutup seketika.
7      -Bila sudah masak tabur daun ketumbar bagi wangi.








Tuesday 17 June 2014

Matlamat Hidup

Teks: Roszila Ibrahim

Setiap orang menuju ke destinasi masing-masing, sama seperti hidup.  Setiap orang mempunyai matlamat, bezanya cepat atau lambat, senang atu berliku untuk mencapai matlamat tersebut. Hidup kita semua perlu ada matlamat. Matlamat pula haruslah jelas. Bukan hanya ikut telunjuk dan kemahuan orang lain. Berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Mengapa pentingnya matlamat? Matlamat merupakan satu-satunya cara untuk berjaya dalam apa jua.

Matlamat hidup saya sudah pasti ingin berjaya dunia dan akhirat. Di dunia ingin menjadi seorang surirumah yang berjaya seperti diimpikan dan mendapat keradhaan daripadaNYA. Tiga pekara udah untuk mencapai matlamat hidup:

1. Ikhlaskan niat kita dalam melakukan sesuatu perkara kerana Allah

2. Fikirkan kejayaan yang bakal diperoleh, hasil daripada usaha yang dilakukan beserta tawakal yang kuat kepada ALLAH. Secara tidak langsung, ini akan menjadi suntikan ke arah kecemerlangan anda.

3. Jangan terlalu masukkan perkara-perkara negatif yang bakal kita hadapi ke dalam minda kita. Kesemua ini akan menjadi batu penghalang besar kepada pencapaian matlamat hidup kita.


Selamat maju jaya untuk anda semua!

Monday 16 June 2014

Gagal Bukan Selamanya

Teks: Roszila Ibrahim

Setiap dari kita pasti pernah merasai gagal tetapi kegagalan yang di rasai oleh setiap insan adalah berbeza-beza. Begitu juga saya, semasa habis belajar minta kerja yang saya minat tetapi tidak berjaya. Alahamdulliah dapat kerja di sebuah bank. Sebelum ini berniaga tapi kurang berjaya ini kerana kurangnya ilmu. Walau bagaimanapun saya tidak berputus asa dan ianya bukan penamat buat saya. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah itu akan muncul dengan bersebab. Oleh itu, buanglah sikap mengeluh serta berputus asa kita. Gagal itu satu anugerah dan rahmat dari Allah SWT kepada mereka yang terpilih sahaja

Gagal memberi peluang untuk kita menilai diri dan mencari sebab kegagalan itu. Kita semua mempunyai peluang untuk menebus balik kegagalan. Gagal juga sebagai satu pengalaman hidup yang mematangkan seseorang dan menjadi pendorong untuk kita menjadi lebih baik dan berjaya pada hari akan datang. ‘Belajar dari kesilapan’ dan ‘Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya’ itulah di antara kata-kata pujangga yang selalu kita dengar kepada mereka yang sedang kecewa dalam menempuhi kegagalan sesuatu perkara. Ia benar setiap saat adalah peluang bagi kita. 

Pilihan terletak di dalam genggaman diri kita sendiri. Masa berlalu sangat pantas dan sentiasa mencumburui kita. Kejarlah masa untuk menentukan kejayaaan atau kebahagiaan dunia dan akhirat kita.  Kemampuan seorang yang pernah menghadapi kegagalan dapat membimbing serta menasihati orang yang gagal. Elakkan diri kita dari mengeluh dan berputus asa di atas kegagalan yang kita hadapi. Mintalah doa kepada Allah SWT yang tidak putus-putus mendengar pemohonan hamba-Nya. Kejayaan itu milik semua insan.


Sunday 15 June 2014

Hari Bapa

Teks: Roszila Ibrahim

Happy Father’s Day 2014 diucapkan kepada kaum lelaki yang sudah bergelar seorang ayah. Hari bapa diraikan pada minggu ketiga ahad pada bulan Jun 2014. Oleh itu, tarikh rasmi Hari Bapa 2014 di negara ini jatuh pada 15 Jun 2014. Pengorbanan, jasa dan kasih sayang seorang bapa juga adalah sangat penting dan perlu dihargai oleh setiap insan yang bergelar anak.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan hari bapa khusus untuk abah saya Ibrahim bin Jaafar dan bapa mertua Mohd bin Ismail semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dirahmati oleh Allah swt. Tidak dilupakan juga buat suami tercinta Mohd Zulkifli bin Mohd bapa kepada dua cahaya mataku. Pengorbanan bapa tiada tolok bandingannya mahupun diganti dengan harta yang mencurah-curah.

Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Biar tinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang berkorban untuk kita. Jadikanlah panduan ini untuk kita menyayangi insan yang benama ibu dan bapa:

-        -  Lemah-Lembut Semasa Berbicara
-         - Gembirakan Hati Mereka
-          -Doakan Mereka
-          -Hubungi Mereka Walau Di Mana Kita Berada
-          -Hargai Pada Hari Lahir

-          -Bawa Mereka Melawat Saudara Mara Dan Kawan Lama

Saturday 14 June 2014

Entri Pertama

Teks: Roszila Ibrahim

Pertama kali saya menghasilkan entri diblog nampak terumbang ambing bak kapal layar yang ditiup angin dilambung ombak. Wujudnya blog saya ini boleh diumpama kelahiran seorang bayi di muka bumi ini. Entri pertama menjadi sebuah kelahiran yang amat bermakna dan pasti tidak akan dapat saya lupakan. Entri pertama bagaikan khazanah berharga di blog saya. Kelahiran sesebuah blog juga ada keistimewaannya yang tersendiri. Entri pertama saya hanya entri biasa, sebuah entri pengenalan. Nak tau?.anda carilah sendiri ye.

Jangan rasa malu dengan entri pertama kita diblog kerana ianya amat bernilai sebagai sejarah dan memahatkan kenangan umpama satu perasmian diri kita dalam memulakan langkah pertama secara rasminya sebagai seorang blogger. Untuk memikat pembaca terus menghadap blog kita bukan semudah abc. Bagi saya, entri pertama merupakan sebuah entri percubaan. Namun ianya sesuatu yang menarik dan menjadi satu kenangan indah dan manis. Tapi tidak mengapa kata orang kayuh pelahan-pelahan dan kini saya dalam proses pembelajaran ke arah yang lebih baik.

Buat kali pertama mengenali blog, entri pertama mesti menjadi mimpi ngeri. Saya masih tidak pandai untuk mengarang dan masih belajar untuk publish sesebuah entri. Apa yang terlintas difikiran itulah menjadi tajuk entri. Kini masih merangkak untuk menghasilkan entri yang lebih baik lagi. Memang tidak dinafikan cara menghasilkan entri di dalam blog merupakan element penting perlu dititikberatkan untuk menaip dalam blog. Walaupun blog tidak mempunyai format untuk menaip seperti mana karangan bahasa melayu tetapi cara menguruskan blog sendiri menghasilkan entri dalam blog penting untuk mencerminkan bagaimana pemilik blog menguruskan blog sendiri. Boleh dikatakan cara menaip dalam blog antara pekara yang tidak boleh dipandang ringan oleh pemilik blog.