Monday 23 June 2014

Cuaca Panas

Teks: Roszila Ibrahim

Awal tahun rakyat Malaysia gempar apabila cuaca sejuk ‘Luar Biasa’ melanda beberapa tempat di Malaysia. Antara yang mengalami suhu terendah dalam sejarah dalam negara adalah Kuala Krai Kelantan yang mencatatkan 17 darjah calcius manakala di daerah Besut di Terengganu mencatat suhu 19 darjah calcius. Tapi semuanya rahsia Allah kan, kini Malaysia mengalami perubahan cuaca yang amat ketara iaitu cuaca panas.

Menurut pakar kajicuaca, keadaan ini dijangka mungkin berlanjutan sehingga September depan. Hari ini, rata-rata orang ramai bercerita topik cuaca panas. Pada masa kini, kebanyakan tempat di Malaysia dilanda cuaca panas dan kering. Pagi tadi sebelum hantar anak ke tadika saya sempat tengok Malaysia Hari Ini yang turut membincangkan cuaca panas dan simptom yang muncul apabila cuaca panas seperti sakit kepala, keletihan, pening, mual dan muntah serta lemah otot-otot badan. Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk keletihan, kelesuan, kepenatan, pitam, pengsan, kekejangan dan strok


Menurut Pakar kesihatan dan perubatan menasihati orang ramai supaya tidak keluar rumah melainkan perlu menjalani aktiviti harian. Minum lebih air jika perlu keluar rumah dan jika melakukan aktiviti lasak, pastikan minum air setiap jam walaupun tidak dahaga seelok-eloknya tinggal lebih lama di rumah. Semasa musim panas, pakai pakaian longgar serta ringan dan berwarna terang agar memantul cahaya matahari. Kumpulan berisiko tinggi semasa cuaca panas termasuk kanak-kanak, mereka yang terlantar kerana penyakit kronik serta waga tua. Pesan saya elakkan anak-anak bermain diluar rumah. Jangan lupa minum air dan ini akan membantu badan mengawal suhu.

No comments:

Post a Comment