Monday 16 June 2014

Gagal Bukan Selamanya

Teks: Roszila Ibrahim

Setiap dari kita pasti pernah merasai gagal tetapi kegagalan yang di rasai oleh setiap insan adalah berbeza-beza. Begitu juga saya, semasa habis belajar minta kerja yang saya minat tetapi tidak berjaya. Alahamdulliah dapat kerja di sebuah bank. Sebelum ini berniaga tapi kurang berjaya ini kerana kurangnya ilmu. Walau bagaimanapun saya tidak berputus asa dan ianya bukan penamat buat saya. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah itu akan muncul dengan bersebab. Oleh itu, buanglah sikap mengeluh serta berputus asa kita. Gagal itu satu anugerah dan rahmat dari Allah SWT kepada mereka yang terpilih sahaja

Gagal memberi peluang untuk kita menilai diri dan mencari sebab kegagalan itu. Kita semua mempunyai peluang untuk menebus balik kegagalan. Gagal juga sebagai satu pengalaman hidup yang mematangkan seseorang dan menjadi pendorong untuk kita menjadi lebih baik dan berjaya pada hari akan datang. ‘Belajar dari kesilapan’ dan ‘Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya’ itulah di antara kata-kata pujangga yang selalu kita dengar kepada mereka yang sedang kecewa dalam menempuhi kegagalan sesuatu perkara. Ia benar setiap saat adalah peluang bagi kita. 

Pilihan terletak di dalam genggaman diri kita sendiri. Masa berlalu sangat pantas dan sentiasa mencumburui kita. Kejarlah masa untuk menentukan kejayaaan atau kebahagiaan dunia dan akhirat kita.  Kemampuan seorang yang pernah menghadapi kegagalan dapat membimbing serta menasihati orang yang gagal. Elakkan diri kita dari mengeluh dan berputus asa di atas kegagalan yang kita hadapi. Mintalah doa kepada Allah SWT yang tidak putus-putus mendengar pemohonan hamba-Nya. Kejayaan itu milik semua insan.


No comments:

Post a Comment