Friday 6 June 2014

Hari Bersama Keluarga.

Alhamdulillah. Syukur padaNya masih diberi peluang bernafas di dunia ini. Semoga kita semua manfaatkan masa yang kita ada sebaiknya. Lakukan setiap perkara kerana Allah. Jom amalkan baca surah Al-Kahf setiap hari jumaat. Semoga mendapat keberkatan dariNya dan dijauhkan dari segala fitnah. Mohon pertolongan dan pergantungan total dari Allah SWT sebab Dia adalah sebaik-baik pergantungan.

Hari ini meriah sedikit dekat rumah dengan kedatangan kakak ipar dan anak sedara. Bangun awal pagi menyiapkan sarapan dan menyiapkan apa yang patut. Hendak mengadap komputer pun rasa segan sebab rasa seperti tidak elok. Maklumlah ada tetamu. Jadi bermacam-macamlah kami sembang dan sambil memerhati gelagat anak-anak. Hendak keluar, suami kerja jadi tunggu hari cuti barulah ada aktiviti. Bila hari minggu, perkara yang paling patut dilakukan oleh semua orang adalah bersama keluarga. Mengapa? Jika dulu time weekend macam nilah kita akan keluar berjalan-jalan dengan famili, makan dekat luar, pergi tengok wayang dan macam-macam lagilah. Kalau dekat kampung, pergi jumpa sedara mara, jumpa sepupu sepapat memang lagi meriah.

Hari cuti juga merupakan hari untuk beristirehat bersama keluarga seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam bersama. Selain itu merupakan hari untuk berehat, berseronok-seronok bersama keluarga ataupun melakukan aktiviti yang sekian lama tertunda. Bagi yang hidup berkeluarga pentingnya untuk menghabiskan masa bersama keluarga terutama hari cuti bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Bagi yang sibuk bekerja haruslah meluangkan masa bersama-sama. Oleh itu, luangkan masa pada hujung minggu atau hari cuti anda.

                                             

No comments:

Post a Comment