Friday 6 June 2014

Perhiasan Sebelum Tidur

Apa yang anda buat sebelum tidur? Apa itu perhiasan sebelum tidur? Bukan main cantik dan mendalam lagi tajuk entri saya kali ini. Menurut saya perhiasan tidur adalah seumpama  mahasabah diri seterusnya beristifar kemudian membaca doa, ayat kursi sebelum tidur. Barulah kita diredhai olehNYA dan itulah sebaik-baiknya. Tidur dan bangun sebenarnya adalah pekara sangat penting kerana ianya permulaan kepada kehidupan. Matlamat hidup insan mukmin adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Berbuat baik dan jauhi kejahatan. Suburkan sifat positif dan tinggalkan sifat negetif.

Setiap manusia pasti akan tidur. Biasanya sebelum saya tidur, saya akan berfikir dan merancang apa yang perlu dilakukan pada hari esok. Biasalah surirumah banyak benda yang perlu buat. Kadang-kadang saya muhasabah diri dan amalan doa dan ayat kursi tidak sesekali saya lupakan. Muhasabah diri merujuk kepada kembali kepada apa yang telah kita lakukan seharian dan menilai semula adakah perbuatan kita itu merupakan kebaikan ataupun satu kesalahan yang membawa dosa. Samaada sedar atau tidak.

Oleh itu, amalkan selalu ‘muhasabah diri’ sepanjang masa dan diiring doa sebelum tidur sepanjang masa supaya kita berada dijalan yang benar, jalan yang diredhai oleh Allah dan jalan yang diberi nikmat olehNYA.Tidur juga diistilahkan seperti mati atau mati seketika. Jadi eloklah kita merenung kembali amalan kita seharian sebelum kita mati seketika. Ada juga mati seketika yang menjadikan mati untuk selama-lamamya. Sesungguhnya ajal dan maut ditangan Tuhan. Perkongsian saya ini adalah untuk peringatan untuk diri saya dan untuk semua. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment