Saturday 14 June 2014

Entri Pertama

Teks: Roszila Ibrahim

Pertama kali saya menghasilkan entri diblog nampak terumbang ambing bak kapal layar yang ditiup angin dilambung ombak. Wujudnya blog saya ini boleh diumpama kelahiran seorang bayi di muka bumi ini. Entri pertama menjadi sebuah kelahiran yang amat bermakna dan pasti tidak akan dapat saya lupakan. Entri pertama bagaikan khazanah berharga di blog saya. Kelahiran sesebuah blog juga ada keistimewaannya yang tersendiri. Entri pertama saya hanya entri biasa, sebuah entri pengenalan. Nak tau?.anda carilah sendiri ye.

Jangan rasa malu dengan entri pertama kita diblog kerana ianya amat bernilai sebagai sejarah dan memahatkan kenangan umpama satu perasmian diri kita dalam memulakan langkah pertama secara rasminya sebagai seorang blogger. Untuk memikat pembaca terus menghadap blog kita bukan semudah abc. Bagi saya, entri pertama merupakan sebuah entri percubaan. Namun ianya sesuatu yang menarik dan menjadi satu kenangan indah dan manis. Tapi tidak mengapa kata orang kayuh pelahan-pelahan dan kini saya dalam proses pembelajaran ke arah yang lebih baik.

Buat kali pertama mengenali blog, entri pertama mesti menjadi mimpi ngeri. Saya masih tidak pandai untuk mengarang dan masih belajar untuk publish sesebuah entri. Apa yang terlintas difikiran itulah menjadi tajuk entri. Kini masih merangkak untuk menghasilkan entri yang lebih baik lagi. Memang tidak dinafikan cara menghasilkan entri di dalam blog merupakan element penting perlu dititikberatkan untuk menaip dalam blog. Walaupun blog tidak mempunyai format untuk menaip seperti mana karangan bahasa melayu tetapi cara menguruskan blog sendiri menghasilkan entri dalam blog penting untuk mencerminkan bagaimana pemilik blog menguruskan blog sendiri. Boleh dikatakan cara menaip dalam blog antara pekara yang tidak boleh dipandang ringan oleh pemilik blog.





No comments:

Post a Comment