Wednesday 25 June 2014

Minyak Masak

Teks: Roszila Ibrahim

Sudah lama saya mendengar berita tentang minyak masak kitar semula. Hari ini menjadi topik utama di Harian Metro mengenai minyak masak kitar semula. Kegiatan memproses minyak masak terpakai menjadi minyak masak baru bukan sahaja dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan pengguna, malah status halalnya diragui. Yang mengejutkan saya adalah berikutan minyak masak terpakai ini juga diambil dari premis memasak dan menjual makanan termasuk restoran bukan islam serta hotel, sebelum dikitar semula menjadi minyak masak baru.

Minyak masak yang dikitar semula itu kemudian dijual sebagai minyak murah di pasaran pasar malam dan kedai makan. Sepatutnya minyak yang dikutip dari premis makanan di seluruh negara itu hanya untuk kegunaan bio diesel tetapi disalah gunakan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dikitar semula. Kita patut berasa takut apabila memilih untuk makan di luar sebab kita tidak tahu tukang masak itu mengunakan minyak yang macamana. Memasak sendiri di rumah adalah jalan terbaik yang kita boleh  lakukan. Malahan minyak yang kita gunakan dekat rumah pun tidak elok digunakan secara berulang kali.

Oleh itu, kita kena beli minyak masak yang terbaik untuk keluarga. Walaupun beli minyak mahal pun janganlah gunakan minyak yang sama  sampai berulang kali tetapi syaratnya tidak lebih 3 kali. Penggunaan minyak berulang kali mengundang penyakit kanser terutama kanser usus dan perut serta penyakit jantung. Begitu juga jika membeli goreng-gorengan dekat pasar malam, kita fikir dua tiga kali dulu. Jenguk-jenguk sikit dekat kuali pengoreng tu, Kalau minyak hitam tidak perlulah beli. Janganlah kita tegur nanti tidak pasal-pasal kena jirus dengan minyak panas. Tepuk dada tanya hati

No comments:

Post a Comment