Friday 27 June 2014

Di Ambang Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta bulan banyak kelebihan. Jangan disia-siakan peluang yang ada ini. Ia datang sekali sahaja setiap tahun. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadah bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan. Tinggal dua hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Apabila mengimbau kenangan 5 tahun lalu, saya tidak dapat menunaikan ibadat puasa kerana berada dalam pantang anak pertama. Maklumlah anak pertama lahir 1 ramadhan. Seronok tengok ahli keluarga bersahur dan berbuka bersama dan dapat menikmati pelbagai juadah berbuka puasa dan saya hanya menjadi pemerhati. Apapun bulan Ramadhan sentiasa ditunggu-tunggu.

Bulan Ramadhan merupakan bulan limpahan rezeki bagi para peniaga. Bulan Ramadhan juga bulan yang penuh rahsia dan memberi keuntungan untuk para peniaga meraih bukan hanya amal ibadat dan pahala bahkan juga rezeki yang halal bagi menampung pendapatan keluarga. Di bulan yang mulia inilah ramai mengambil peluang untuk berniaga. Kesempatan dan peluang ada ini wajar diambil oleh para peniaga untuk terus berniaga dengan jujur dan ikhlas. Jika ikhlas berniaga dengan menjaga akhlak dan adab sewaktu berniaga di samping memasang  niat kerana Allah SWT bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata pasti Allah SWT akan mempermudahkan urusan perniagaaan. Selain bulan rezeki, bulan yang mulia ini juga merupakan bulan kesihatan, bulan silaturahim, bulan lembut hati, bulan memperbaiki institusi kekeluargaan dan macam-macam lagi. Pendek kata merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan.






No comments:

Post a Comment