Monday 2 June 2014

Hilangkan Malas.

Kemalasan adalah suatu sifat yang pasti dimiliki semua orang.  Sikap malaslah yang menyebabkan seseorang malas berusaha dan tidak mengendahkan masa hadapan. Semua orang tanya-tanya pada diri mereka sendiri "Bagaimana saya dapat menghilangkan rasa malas?". Orang yang malas membiarkan tugas-tugas kecil terlalu lama manakala orang-orang berjaya selalu menyelesaikan tugas-tugas kecil dengan cepat. Bagi menjadi orang yang berjaya, sikap malas tersebut harus dibuang dan digantikan dengan cara hidup baru. Orang malas selalunya akan rugi.

Oleh itu, adakah kita mahu tergolong dalam orang yang rugi? Saya juga tidak terlepas dari sifat malas. Sifat kemalasan saya akan wujud bila letih. Bila letih kerja pun tidak berjalan dengan lancar dan seterusnya akan tertangguh.Terdapat beberapa cara yang dapat saya kongsikan  untuk mengatasi sikap malas. Ini dapat menjadi panduan untuk diri saya an untuk saya. Di antaranya:

1.      Amalkan doa. Doa adalah senjata orang mukmin
2.      Ingat matlamat atau sasaran yang anda tetapkan
3.    Banyak baca buku motivasi kerana ianya mampu mencetuskan pemikiran positif dan merangsang diri bag mengubah diri menjadi rajin
4.      Rehat dan tidur yang cukup
5.      Aktiviti riadah. Jika tiada aktiviti fizikal, darah dan oksigen tidak berjalan lancar dalam badan
6.      Amalkan pemakanan yang seimbang.



        “ Malas Itu Membunuh. Ianya Adalah Musuh Utama Yang Bersembunyi Dalam Diri.”

No comments:

Post a Comment