Monday 9 June 2014

APAKAH TAHAP PENCAPAIAN ANDA SEKARANG?

Saya amat tertarik mengenai persoalan yang diutarakan oleh Datuk Dr Maznah Hamid mengenai ‘Tahap Pencapaian’ dan saya cuba menilai diri saya sendiri ternyata jauh untuk mencapai kejayaan tetapi ianya bukan mustahil untuk mencapai apa yang kita inginkan cuma kita harus bekerja keras dan terus berusaha. Terdetik dihati untuk berkongsi supaya semua dapat menilai diri sendiri. Oleh itu, sama-sama kita nilai diri kita sendiri.

Pernahkah anda terfikir kenapa anda tak berjaya dan tidak dapat apa yang anda idamkan?

Untuk memudahkan persoalan, kita buat satu takrifan mudah tentang apa itu BERJAYA:

“Kita dikatakan berjaya apabila dapat merealisasikan atau memiliki apa yang kita mahu”

Mungkin juga kita ada keinginan tetapi tidak dipupuk sehingga ianya menjadi lebih serius dengan benar-benar melakukan muhasabah dan pencarian diri.

Mari kita sama-sama menilai tahap pencapaian kita selama ini dalam kategori di bawah:

1. Ekonomi – Apakah tahap ekonomi yang anda inginkan. Mewah, sederhana atau dibawah paras kemiskinan?

2. Diri sendiri – Bagaimana perwatakan yang anda rasa bagus untuk diri. Adakah berfikiran jauh, banyak maklumat, berakhlak mulia, alim dan warak, penyabar, kaki pukul, pantang dicabar, beremosi, ego atau lain-lainnya?

3. Keluarga – Apa jenis keluarga yang anda mahu bina. Adakah sebuah keluarga yang prihatin, ceria, menyusahkan masyarakat, bijak, kedekut, berkasih sayang atau lain-lainnya?

4. Masyarakat – Bagimana anda lihat kedudukan anda di mata masyarakat. Adakah sebagai seorang kera sumbang, pemimpin, pengikut, pemalas, penggerak penumpang, kaki kacau, atau lain-lainnya?

Saya yakin 100% jika semua yang disebutkan di atas benar-benar difikirkan, semua daripada kita sudah tentu akan mengambil hanya yang terbaik sahaja.

Untuk itu mulakan menulis impian anda dan mula ambil serius dengan impian tersebut. Mulakan dari sekarang dan rangka kehidupan yang baru.

No comments:

Post a Comment