Sunday 8 June 2014

Air Beras

Air cucian beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka akan lebih bersih dan bebas minyak. Pastikan, bilas muka dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga. Ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan buahnya. Jika membasuh beras janganlah lebih dari 3 kali bilasan sebab akan mengurangkan kanji dalam beras tersebut serta menghilangkan segala khasiatnya. Kalau tersalah beli beras tidak bermutu, cara untuk membuatkan beras itu menjadi beras yang enak ialah goreng beras tanpa minyak. Selepas itu, rendam dalam air selama 2 atau 3 minit dan seterusnya masak biasa, ia akan menjadi lembut.

No comments:

Post a Comment