Friday 31 October 2014

Kehidupan Zaman Dahulu Dan Sekarang

Teks: Roszila Ibrahim

Kehidupan zaman dahulu dan sekarang memang banyak bezanya, dari segi faktor kemodenan memang tidak dapat dinafikan, banyak banyak alat-alat canggih, lebuhraya yang bertingkat dan gadjet-gadjet yang berteknologi tinggi yang jauh dari pemikiran manusia dicipta untuk memudahkan manusia dalam kehidupan seharian. Kemajuan yang dikecapi banyak mempengarui kehidupan kita masa kini. Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa.


Orang zaman dahulu tidak dimanjakan dengan makanan dan teknologi. Zaman dulu makanan semua organik. Baja tanaman daripada najis lembu, persekitaran pun belum berapa tercemar. Zaman sekarang ni susah betul nak dapatkan makanan yang betul-betul organik. Kini banyak kedai makan, kedai mamak, KFC, McD, Burger King dan macam-macam tempat. Kalau tidak pun makan, paling ‘up‘ pun di warung. Zaman dulu semua orang dapat tidur yang cukup. Habis solat Isya’, terus masuk kelambu, dan tidurlah sampai ke Subuh. Dari segi penggunaan internet, dahulu untuk siapakan assignment da sekadar mengisi masa lapang sahaja. Sekarang? Tonton TV, atau layan Facebook dulu sampai pukul 1 pagi. Tak pun blogging.. Opps..! Tapi untuk tujuan kebaikan.

---------------------------------------------------------
Waktu paling TERBAIK untuk mula bisnes?
SEKARANG. YA LAKUKANNYA MULAI SEKARANG.
Mencari duit lebih?. Yuran sekali sahaja kalian akan dapat
1. Dibimbing buat blog
2. Dapat Ebook
3. Kumpulan sokongan- Insya Allah kalau anda aktif momentum anda sentiasa akan meningkat
4. Komisyen - bergantung pada usaha anda
Semua atas talian cuma perlu ada laptop/komputer/smart phone & internet. Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaIbrahim

No comments:

Post a Comment