Monday 13 October 2014

Pentingnya Mentor

Teks: Roszila Ibrahim

Salah satu tips untuk berjaya adalah berguru atau mempunyai mentor yang betul, supaya usaha yang kita lakukan tidak sia-sia. Apa jua bidang yang kita ingin ceburi atau minat perlukan mentor atau guru dan barulah diiringi kejayaan. Persoalan yang sering ditanya oleh mereka yang mahu jadi usahawan adalah bagaimana mencari mentor yang sanggup berkawan dengan mereka dan membimbing serta memberikan khidmat nasihat agar mereka juga turut sama berjaya dalam perniagaan seperti mentor mereka itu. Cari mentor usahawan yang berjaya dan pelajari ilmu mereka bagaimana mereka boleh berjaya. Pilih mentor yang dapat membimbing kita dengan ilmu, sistem dan tindakan yang betul  supaya proses kejayaan menjadi lebih pantas.



Kesimpulannya di sini, kita seharusnya mencari pembimbing, pemandu penasihat dan pembantu untuk menjadi seorang yang berjaya. Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa ia berguru dengan seseorang ataupun dengan sesuatu sumber. Secara logik seseorang itu belajar ia mesti melalui sumber tertentu atau dengan seseorang guru.
________________________________________________________________
Alhamdulillah pendaftaran ke kelas online blog juga semakin rancak.
Kelas Mula Bisnes Online:
-suri belajar membuat tempahan
-suri belajar menerima transaksi
-suri belajar mengurus pelanggan
-suri belajar skrip jualan
-suri belajar dan tahu produk fizikal atau produk digital
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com


No comments:

Post a Comment