Wednesday 20 August 2014

Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih

Teks: Roszila Ibrahim

Entri untuk ingatan buat diri sendiri dan untuk semua. Peribahasa ‘hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’ bermaksud jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya. Macam orang kita yang ramai menganggur sekarang ni. Memilih pekerjaan, hendakkan yang setaraf dengan kelulusan sahaja. Usahkan kerja tetap, peluang kerja sambilan yang berlambak di sekeliling seperti pam atendan, pembantu restoran, cleaner pejabat pun tak hendak. Alih-alih semua ‘Mat Bangla’ yang conquer. 

Kebanyakkan orang yang tidak berjaya suka menciptakan alasan, alasan itu dan alasan ini. Dari fikir untuk ciptakan alasan sebaiknya fikirkan jalan terbaik untuk keluar dari satu masalah kerana semua masalah ada jalannya. Tak tahu tanya, tak tahu belajar, tak tahu ambil tahu. Insyallah kita akan berjaya. Apapun kalau kita memang menyimpan tekad dan ada kemahuan untuk berjaya kita pasti boleh.

Kalau memang tak mahu, buat apa pun serba tak daya. Pokok pangkalnya keinginan. Di samping itu, tetapkan fokus. Pelajari selok belok pekara yang kita suka. Ramai juga yang takut gagal kerana rasa takut gagal yang lebih tinggi dari rasa berani mengambil risiko contotohnya dalam perniagaan. Oleh itu, untuk berjaya haruslah melakukan perubahan dalam diri. Pendek kata sentiasa positif. Sebenarnya halangan itu datang dari dalam diri dia sendiri...

RAJIN itu adalah punca segala Kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan
__________________________________________________________________________ 
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).


Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:
Email : roszilaibrahim@gmail.comFB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

No comments:

Post a Comment