Tuesday 12 August 2014

Fesyen Tudung

Teks: Roszila Ibrahim

Entri saya sebelum ini, ada menyentuh tentang penglibatan saya pernah berniaga tudung. Seingat saya tudung yang saya jual adalah tudung Obama yang berharga RM 10 sahaja. Tetapi kurang berjaya dan ianya merupakan perniagaan yang pertama saya jual secara online. Kegagalan saya mungkin disebabkan kurangnya ilmu, mudah putus asa, malu dan tidak tahan persaingan. Sebenarnya persaingan ini kita tidak boleh lari kerana bukan sahaja dalam perniagaan tetapi juga dalam pelajaran dan sektor pekerjaan. Persaingan adalah benda yang lumrah. Ia boleh menjadi positif atau negatif. Ia tidak semudah yang disangka bagi mereka yang belum menjalankan perniagaan. Hendak memulakan perniagaan memang mudah tetapi susahnya menjalankan perniagaan yang berjaya.

Di Malaysia sendiri perniagaan tudung tumbuh seperti cendawan selepas hujan dengan pelbagai fabrik dan corak telah dihasilkan oleh peniaga tempatan. Kini, penerimaan fesyen tudung sangat memberangsangkan sehingga beberapa jenama tudung menjadi kegemaran wanita Islam dalam negara. Antara jenama yang terkenal termasuklah Fareeda, Ariani, Al-Humaira, Aidijuma dan banyak lagi. Pelbagai jenis bentuk dan ton warna dihasilkan semata-mata untuk menarik minat pembeli. Batu-batu permata dan jenis kain juga diberi perhatian dalam mengekalkan standard jenama tudung masing-masing.

Fesyen tudung seringkali bertukar dengan pelbagai gaya mengikut aliran masa. Boleh dikatakan majority gadis Malaysia khususnya sudah mula berjinak dengan mengenali pelbagai gaya dan label-label tudung tempatan yang sesuai untuk  dijadikan koleksi. Kini, kebanjiran kain tudung atau hijab semakin menjadi-jadi ekoran permintaan tinggi yang diterima daripada orang ramai, tidak kiralah tudung bawal, selendang atau tudung siap pasti mendapat sambutan.
----------------------------------------------------------------------------------
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang dropship ABDR bolehlah hubungi saya Roszila 011296057704 ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

No comments:

Post a Comment