Wednesday 13 August 2014

Sentiasa Ingin Belajar

Teks: Roszila Ibrahim

Sentiasa Ingin Belajar

Saya yakin ramai yang pernah mendengar ungkapan “Lebih banyak belajar, lebih banyak perkara yang kita tahu”. Ilmu amatlah penting dalam kehidupan seharian kita. Ilmu amat penting kepada manusia untuk memperbaiki kehidupan. Ilmu boleh diumpamakan pelita yang menerangi kegelapan hidup manusia. Walaupun saya tamat pengajian, pernah bekerja dan kini menjadi surirumah tapi tidak bermakna mencari ilmu terhenti begitu sahaja. Contohnya sebagai surirumah sepenuh masa sentiasa belajar memperbaiki diri menjadi lebih baik.  Dalam kehidupan seharian saya sentiasa mempelajari benda baru seperti dunia masakan. Sentiasa memperbaiki dalam masakan dan mencuba pelbagai resepi untuk orang tersayang. Selain itu, belajar dalam mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran. Pendek kata, sentiasa belajar dan dari hari ke hari.

Selain itu, dalam mengisi masa terluang bersama anak-anak saya menyertai Akedemi Kerja Dari Rumah dari mentor saya Anysidayu Zakaria. Begitu juga pengetahuan saya mengenai blogging adalah sangat sedikit dan apabila saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog saya dapat belajar satu demi satu perkara baru hari demi hari. Sebelum ini saya hanya tahu baca dari blog orang lain. Ungkapan “lebih banyak belajar, lebih banyak perkara yang kita tahu” adalah begitu relevan sekali. Apabila kita meneroka lagi perkara baru itu, kita akan menemui lagi perkara baru dan seterusnya. Ini adalah satu proses yang berterusan dan sebenarnya menjadikan kita lebih berkemahiran dalam apa jua bidang termasuklah dunia blog.




Banyak lagi tips yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas blog ini. Untuk mendapatkan ebook belajar asas blog boleh Hubungi

email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 

No comments:

Post a Comment