Wednesday 6 August 2014

Melawan Keletihan

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Datuk Dr. Maznah Hamid

Pekara nombor satu yang boleh menghalang kita kembali daripada bekerja lagi ialah keletihan. Kelesuan boleh menjadi tanda keletihan. Oleh kerana saya selalu letih, maka saya tercari-cari juga solution untuk mengurangkan gejala ini. Terdapat beberapa cara untuk melawan keletihan.
1.      Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.
Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda. 
2.      Minum Lebih Air
Penyahhidratan boleh menyumbang kepada keletihan. Jika perasaan anda letih, kopi boleh membantu tetapi kopi juga boleh menjadi punca yang menyebabkan dehidrasi. Seterusnya anda berasa letih, minum 2-3 gelas air dan anda akan perasan rasa segar datang dengan segera.
3.      Bersenam
Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita. 
4.      Merangsang Lebih Adrenalin
Adrenalin adalah apa yang memberi kita yang rasa tergesa-gesa atau perjuangan. Walaupun kita tidak mahu sesuatu yang amat gembira, sedikit rangsangan kepada kelenjar adrenal boleh pergi jauh dalam melawan keletihan. 
5.      Tidur yang mencukupi
Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur. Elakkan dari mengambil pil tidur sebaliknya lakukan beberapa senaman ringan dan minum segelas susu suam sebelum tidur. Ini akan membantu anda tidur lebih cepat dan mendapat rehat yang secukupnya. 
6.      Berehat
Tekanan kerja juga boleh menyebabkan keletihan. Oleh kerana itu anda dinasihatkan agar berehat seketika tetapi waktu rehat itu tidak terlalu lama.
7.      Mengembalikan semangat
Kekurangan zat besi merupakan sebab mengapa kita merasa letih. Oleh itu anda disarankan agar mengambil makanan laut, limpa dan sayur-sayuran.
8.       Memendekkan waktu kerja
Melengah-lengahkan kerja akan membuat anda merasa letih. Menyelesaikan kerja dengan segera akan membuat anda merasa gembira dan lapang fikiran. 
9.       Persekitaran
Anda akan merasa lebih tenang jika berada di tempat yang jauh dari bunyi bising. Di samping anda merehatkan badan, fikiran juga akan menjadi tenang.
10.  Berfikiran Positif
Anda melihat masalah sebagai cabaran dan peluang untuk meningkatkan keupayaan diri. Yakin pada diri sendiri dan anda adalah yang terbaik.
 ________________________________________________________
     
Alhamdulillah, setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Pendaftaran masih berlangsung, walau cuti hari raya. Kelas juga masih boleh dijalankan, kerana hanya secara online sahaja. Tak memerlukan kalian berada dalam kelas di tempat khusus. Sambil membuat persiapan raya, masih boleh timba ilmu berblog. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship projek duit raya & selepas raya
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/

Boleh hubungi saya bila sudah sedia ya
Email : roszilaibrahim@gmail.comFB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

No comments:

Post a Comment