Tuesday 26 August 2014

Pentingnya Solat Dalam Kehidupan Seharian

Teks : Roszila Ibrahim
Sumber: abahyasir.com

Solat mestilah dilaksanakan dengan segera mengikut waktu-waktu yang telah ditentukan oleh Allah SWT.  Ibadat solat mempunyai kepentingannya dan berkait rapat dengan kehidupan manusia. Terdapat banyak sekali kelebihan-kelebihan atau keistimewaan yang hanya ada pada solat dan tidak pada ibadah-ibadah lain. Di antara kepentingan solat kepada manusia sehingga kita perlu melakukannya 5 kali sehari semalam dalam apa jua keadaan dan ketika adalah:

Solat Peluang Kita Berinteraksi Dengan Allah. Sembahyang merupakan ibadah yang penting, istimewa dan unik. Sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung. Lihat sahaja bentuk amalan solat yang diajarkan oleh Rasulullah, bermula dengan berdiri, ruku’, i’tidal dan sujud.  Kesemuanya dilakukan dengan tujuan untuk membesarkan Allah, Tuhan yang Maha Kuasa lagi Agung. 

Peluang Menggandakan Pahala Dan Penghapusan Dosa. Solat bukan sahaja menjadi penyumbang kepada ganjaran yang berlipat ganda, malah  ia juga dapat menghapuskan dosa-dosa yang yang lalu.

Membentuk Mukmin Yang Kuat Dan Sihat. Melakukan solat juga dapat memperkukuh kesegaran tubuh badan kita. Solat menuntut agar setiap muslim, bangun pagi seawal mungkin dan bersemangat dalam menghadapi tugas-tugas harian sejak menjelang terbitnya matahari. Di samping itu, menanamkan pada diri kita kecintaan dalam melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan atau jasmani. Rasulullah SAW melalui sunnahnya telah mengajarkan bahawa berdiri dalam solat harus dengan tegap dan dalam posisi yang lurus dan tidak boleh dalam keadaan yang lemah atau malas. Ia juga seharusnya dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak kelam kabut. 

Membentuk Kemantapan Rohani Dalam Diri. Solat yang dilakukan dengan penuh khusyu’ juga  dapat menumbuhkan pada diri mukmin yang melakukannya kekuatan rohani dan batin yang amat berguna dalam mengharungi segala kesulitan hidup dan juga ujian dalam kehidupan seharian kita. Ibadah solat sentiasa menghasilkan kegembiraan dan kepuasan, ia dapat mengurangkan kebimbangan dan mengawal perasaan marah. Ia dapat meningkatkan rasa cinta kepada kebenaran dan rendah diri terhadap manusia, melembutkan hati, membentuk kasih sayang dan sifat memaafkan serta membenci dan sifat balas dendam

Memberi Keupayaan Mental  Dan Kekuatan Dalaman Yang Tinggi. Dengan mengerjakan solat ini akan dapat mengukuhkan moral dan mental seorang mukmin. Ini kerana ia akan dapat menanamkan dalam hati, kesedaran adanya pengawasan ilahi, memelihara aturan-Nya, menjaga disiplin waktu, gentar akan ancaman dan seksaan Nya serta sanggup mengatasi sifat-sifat kemalasan. Solat dikerjakan dengan bersungguh-sungguh dan khusyu’ dapat  memperkuatkan jiwa daripada pengaruh cinta pada dunia, serta mengangkat diri daripada keinginan nafsu terhadap kebesaran, harta dan kekuasaan.



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Alhamdulillah, setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Pendaftaran masih berlangsung, Kelas dijalankan secara online sahaja. Tak memerlukan kalian berada dalam kelas di tempat khusus. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship projek duit raya & selepas raya
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/


Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang dropship ABDR bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim  ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

No comments:

Post a Comment