Thursday 7 August 2014

Kebaikan Perniagaan

Teks: Roszila Ibrahim

Dalam Islam berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya sentiasa mendapat untung. Dalam perniagaan juga pasti menghadapi kerugian. Berniaga  boleh mendapat dua  keuntungan. Pertama untung dalam  bentuk kewangan dan kedua, untung dalam pahala. Tujuan perniagaan mengikut islam sebenarnya ialah untuk memperluaskan aktiviti syariat  dengan tujuan beribadat dan pahala yang banyak. Berniaga dianggap kerja yang paling baik dalam islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak. Antaranya:
1.      Melalui perniagaan, kita akan dapat banyak  kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan atau para pelanggan.
2.      Perniagaan juga banyak unsur-unsur kerjasama dan peluang untuk bekerjasama.
3.      Di dalam perniagaan banyak tolak ansur, iaitu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam
4.      Perniagaan membantu dan memudahkan manusia dan ahli masyarakat mengurus dan mendapatkan keperluan hidup mereka, terutama di bidang makan minum dan keperluan harian. Mendahulukan, mengutamakan dan memuahkan orang lain itu sangat dipandang tinggi dan baik dalam Islam.
5.      Melalui perniagaan banyak pengalaman diperolehi sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, mengenal barang, mengenal tempat, mengenal cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain. Dalam Islam, mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut.
6.      Dalam berniaga  juga melatih menjadi seorang yang penyabar dalam menghadapi masalah perniagaan dan dalam menghadapi karenah pelanggan. Orang yang sabar diberi pahala oleh Allah.
7.      Berniaga merupakan salah satu cara untuk memajukan agama, bangsa dan negara.
8.      Dalam berniaga, berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu dari rukun Islam dapat kita tunaikan.
9.      Perniagaan memerlukan sifat berlapang dada, bertolak ansur, bertimbang rasa, memberi maaf, berlebih kurang, bersimpati dan sebagainya. Sifat-sifat ini terpuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan.

*********************************************************
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook 
2. Cipta Blog 
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).

Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:
Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

No comments:

Post a Comment