Thursday 21 August 2014

Bulan Syawal

Teks: Roszila Ibrahim

Bulan Syawal adalah bulan sangat istimewa kerana bulan meraikan umat Islam yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan . Bulan Syawal juga adalah bulan sangat istimewa kerana sepanjang bulan itu adalah merupakan Hari Raya. Hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan menambah amal kebaikan. Diantara keistimewaan bulan Syawal ialah :

1. Merupakan bulan keampunan.
2. Bulan dikabulkan doa dan Allah melihat dengan rahmat kasih sayangNya.
3. Merupakan peringatan terhadap hari akhirat.

Amalan Utama Di Bulan Syawal

Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi mukmin yang berjaya menghidupkan Ramadhan sebagaimana yang dikehendaki Allah. Syawal juga merupakan roh bulan berkat yang dituntut melakukan amalan sunat dan istimewa yang tidak terdapat pada bulan lain. Setiap amalan yang dilakukan membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kepada Allah. Orang mukmin menyambut Syawal dengan rasa kesyukuran dan terus melakukan amal ibadah demi mendapatkan keredhaan Allah. Diantara amalan yang disyariatkan pada bulan Syawal ialah:

• Membayar zakat fitrah
• Bertakbir dan bertahmid
• Mendirikan solat sunat Aidilfitri
• Menyambut hari raya mengikut syariat
• Membantu fakir miskin atau anak yatim
• Puasa enam

No comments:

Post a Comment