Thursday 25 September 2014

Piramid Bacaan

Teks: Roszila Ibrahim

Bila sudah mengenal huruf..kena start membaca. Bila tahu membaca, banyak ilmu yang kita peroleh. Saya agak tertarik dengan Piramid Bacaan ini yang merupakan satu pekara yang sangat bemakna untuk kita ketahui. Piramid bacaan dibawah mungkin boleh membantu kita untuk memberi makanan yang yang berzat untuk roh kita yang selama ini terbiar tanpa makan tanpa zat.



Makanan diperlukan oleh jasad (badan kita) maknanya kita perlu makan untuk menguatkan jasad agar kita boleh bergerak, bekerja dan beraktiviti. Kekurangan makanan boleh menyebabkan badan kita mejadi lemah lesu, berpenyakit dan kurus kering

Oleh kerana kita terdiri dari jasad dan roh, pernahkah anda terfikir untuk memberi makanan kepada roh kita. Apa jenis makanan untuk roh kita. Jika selama ini kita tidak memberi makan kepada roh, berkemungkinan ia menjadi kurus melidi dan  sakit menderita walaupun tubuh jasad segar bugar.

Roh juga perlukan makanan atau hiburannya yang baik untuk membina roh atau memberi kekuatan kepada roh. Makanan yang baik dan bersih untuk roh salah satunya baca Al Quran dan mendapatkan ilmu yang memberi manfaat supaya memahami dan merasa tentang kebesaran dan kehebatan Allah, faham kenapa Allah datangkan ujian, faham segala qadak dan qadar Allah.

Selain itu, zikir, tasbih, tahmid, tahlil, sembahyang, puasa, doa, selawat dan tafakur.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang ingin memiliki ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online boleh hubungi saya.
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 


No comments:

Post a Comment