Wednesday 10 September 2014

Udang Goreng Kunyit

Teks: Roszila Ibrahim

Saya macam biasa..masak yang simple-simple je. Rasanya semua pandai buat resepi udang goreng kunyit. Walaupun ringkas tapi sedap hingga menjilat jari..



BAHAN2
10 ekor udang sederhana besar
1 biji cili merah- hiris nipis
2 biji ulas bawang putih- hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
daun bawang - hiasan
garam, gula
sedikit kunyit
minyak untuk menggoreng

Caranya:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Gaul udang dengan garam dan kunyit. Goreng udang sampai tukar warna, ketepikan. Gunakan kuali yang sama, tumiskan bawang dan cili merah seketika dan masukkan daun bawang. Masukkan udang..gaul dan terus angkat. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.

________________________________________________________

Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Bagi yang mahu belajar membina blog, boleh sertai kami di akademi bekerja di rumah. Hubungi saya untuk pendaftaranya. Bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

No comments:

Post a Comment