Thursday 18 September 2014

Sehari Di Kuala Perlis

Teks: Roszila Ibrahim

Alhamdulilah,terasa sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, rupanya sudah lima hari saya tidak update blog. Cuti sekolah ini hanya seminggu, pelbagai aktiviti saya aturkan untuk anak-anak untuk mengisi cuti sekolah salah satunya bawa anak-anak bercuti. Langkawi pilihan tempat percutian kami sekeluarga. Bermulanya cuti sekolah pada 13/9/2014, kami sekeluarga bertolak ke Jeti Kuala Perlis dan bermalam di situ 1 malam. Dapatlah saya berjumpa dengan kawan lama semasa belajar di UUM, seronoknya tidak terkata setelah sekian lama tidak berjumpa. Pelbagai cerita kami berkongsi.




Saya sekeluaga bermalam di Putra Brasmana Hotel di mana tempat kawan saya bekerja, berdekatan dengan Jeti Kuala Perlis.



Lebih kurang 10 minit perjalanan dari  Putra Brasmana Hotel ke Jeti Kuala Perlis.

Medan Ikan  Bakar  berdekatan dengan Putra Brasmana Hotel yang mengambil masa 5 minit perjalan. Salah satu tempat yang menjadi kunjungan dan terdapat banyak kedai atau gerai makan di situ dengan pelbagai hidangan juadah yang mampu memingkat hati pelanggan.

-----------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com
Coretan Cuti Sekolah
Roszila ibrahim

No comments:

Post a Comment