Sunday 7 September 2014

Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya

Teks: Roszila Ibrahim

Peribahasa ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ bermakna kita tidak mendapat kejayaan jika tidak berusaha, manakala ‘jangan pula sampai jadi seperti pungguk yang rindukan bulan’ pula bermakna jangan berharap pada sesuatu yang mustahil diperolehi. Setiap insan dalam kehidupan dia mesti hendak berjaya, hidup senang dunia dan akhirat. Tidak kiralah berjaya dalam pelajaran, rumah tangga, atau kehidupan. Dalam apa yang kita lakukan seharian, kerja atau pelajaran, kita mahukan yang terbaik dan kita mahukan ianya berjaya. Betul kata pepatah "berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.", sebelum mengecapi kejayaan, kita kadang-kadang terpaksa jatuh dahulu, dan bangun semula dengan lebih kuat untuk mencapai kejayaan.
Jalan menuju kejayaan selalunya berliku, bersimpang, berbonggol-bonggol, berduri ataupun terlalu banyak cabang. Pendek kata tiada jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan yang dicapai setelah berjaya mengharungi cabaran dan dugaan merupakan kejayaan yang terlalu manis untuk dikenang sebaliknya kejayaan yang dicapai dalam masa yang singkat biasanya kurang dihargai atau cepat dilupakan.
Pekara utama ialah niat diikuti dengan ketekunan dan berusahaOleh itu, untuk berjaya dalam kehidupan dalam apa bidang sekalipun, sebenarnya yang paling penting adalah diri kita sendiri untuk mencapai matlamat atau target yang kita tetapkan. Tanpa usaha, memang jauh lah daripada perkataan BERJAYA. Tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja.
Perkara yang paling utama yang perlu kita ubah untuk berjaya ialah sikap kita. Antara sikap-sikap yang perlu diubah ialah
·         Sikap malas mencari ilmu
·         Sikap suka bertangguh kerja
·         Sikap yang cepat berputus asa
·         Sikap mudah berpuas hati
·         Sikap yang sukar untuk bekerjasama dalam kumpulan
·         Sikap yang sentiasa merasakan dirinya bagus
·         Sikap yang tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain
Banteraslah sikap-sikap negatif ini jika mahu berjaya, tanamkan dalam diri ‘minat’ untuk berjaya. Apabila kita mempunyai minat untuk berjaya kita akan kerap mengulangi sikap-sikap positif dan menjauhi sikap-sikap negatif. Pengulangan yang baik akan menghasilkan tabiat yang baik. Tabiat yang baik akan memudahkan kita untuk mengecapi kejayaan.
Sebenarnya kunci setiap kejayaan juga ialah tidak mebazirkan masa yang terluang seperti kata pepatah" Masa itu Emas " kerana kejayaan itu adalah milik sesiapa saja. Tidak kira siapa kita, jika rajin berusaha dan tidak membazir masa yang terluang, kejayaanlah yang akan menjadi upahnya.
Ketika usia mudalah seseorang perlu menyemat sifat bersaing, tetapi biarlah persaingan yang sihat. Pupuk sifat berlumba-lumba untuk menuju ke puncak menara gading. Setiap kita mesti ada impian dan matlamat. Menanam impian memang mudah. Yang sukar ialah cara merealisasikan setiap impian. Banyak dugaan harus ditempuhi. Pelbagai persediaan harus dibuat. Persiapan juga harus disusun rapi.
Selain itu, gunakan kesilapan masa lalu sebagai rujukan pada masa akan datang. Kumpulkan setiap kelemahan yang ada pada diri kita dan cari jalan untuk membina kekuatan pada setiap kelemahan itu.
Dalam hal ini, perkara yang paling penting ialah kefahaman terhadap nilai agama perlu diterapkan dalam diri bagi menghasilkan rohani yang sihat. Itu sebabnya ada yang merungut setiap kali usaha yang dilakukan tidak berhasil. Fikirkanlah di mana kekurangannya. Memang tiada jalan pintas.
Dengarkan kata-kata ini dan fikirkanlah ia sebagai pedoman kita semua: “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri.”
Secara ringkasnya untuk berjaya dalam hidup hendaklah mendekatkan diri denganNya dan berpegang dengan prinsip ini seperti:
1. Restu dari ibu
Dalam apa jua bidang sekalipun, restu daripada ibu dan bapa yang paling penting, berkat kita nak buat sesuatu pekerjaan tu , bila dah dapat restu daripada ibu dan bapa lah sebenarnya pintu yang membuka kepada langkah kita untuk berjaya dalam sesuatu perkara.

2. Bekerja keras
Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Biasanya, bila kita inginkan sesuatu kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita hajati.

3. Jangan endahkan orang lain yang berhasad dengki
Kadang- kadang, bila kita berusaha dalam kerja yang kita lakukan, tak semua yang akan menyokong kita, ada sahaja suara-suara sumbang yang mengkritik itu dan ini untuk menjatuhkan kita, bukannya mengkritik kita untuk membina.. tetapi lebih kepada menjatuhkan kita. Tapi apa yang perlu kita kisahkan, kita lebih megenali kemampuan diri kita, bila kita yakin apa yang kita lakukan itu betul dan kita mampu, terus berusaha dan pedulikan keadaan sekeliling yang berhasad dengki !

4. Fokus dan jujur dalam apa yang dilakukan.
Bila kita menerima kepercayaan seseorang dalam melakukan apa yang kita diamanahkan, pastikan kita lakukan kerja kita dengan sebaik mungkin dan jujurlah dalam kerja yang kita lakukan, mungkin kadangkala kita terpaksa menerimanya dengan keterpaksaan, tetapi , "make it fun" dan cuba terima dengan sebaik mungkin dan jangan lupa , JUJUR. 
---------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Pendaftaran masih berlangsung, Kelas dijalankan secara online sahaja. Tak memerlukan kalian berada dalam kelas di tempat khusus. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship projek duit raya & selepas raya
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/



Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang dropship ABDR bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim  ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

No comments:

Post a Comment