Sumber: http://ciptaan-mulia.blogspot.com
Emosi didefinisikan sebagai suatu
ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut
dan sebagainya. Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, hadith dan pendapat
para ulama’, kejadian manusia adalah terdiri daripada unsur jasmani dan rohani,
Islam tidak pernah menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. Malah
al-Qur’an telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri
manusia seperti :
1.
Emosi
Takut- Emosi takut merupakan perasaan yang ada pada diri manusia.
Manusia akan merasa takut apabila berhadapan dengan perkara yang merbahaya dan
kemudaratan. Terdapat beberapa
jenis perasaan takut yang ada pada manusia iaitu takut kepada Allah
s.w.t,takut pada manusia dan juga takut kepada kematian serta kemiskinan.
2. Emosi Marah- Emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang
dijadikan oleh Allah s.w.t untuk keperluan hidupnya. Sebagai satu sifat yang
semulajadi, pada asalnya mempunyai emosi marah bukanlah suatu kecacatan atau
kekurangan manusia. Namun begitu, emosi marah ini boleh menjadi sifat yang
keji, jika kemarahan itu menimbulkan perasaan dendam dan melampaui batas
kemanusiaan. Emosi marah
merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila manusia berasa tidak puas
hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan
fisiologi seperti muka menjadi marah, anggota badan menggeletar, pergerakan dan
pertuturan bercelaru. Kadang-kala ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti
cacian, deraan, kutukan dan dendam. Emosi marah merupakan naluri
semulajadi manusia yang sedia wujud. Emosi marah ini boleh memberi manfaat
kepada manusia jika digunakan untuk kebenaran dan keadilan. Tetapi emosi marah
yang tidak dapat dikawal dan menurut hawa nafsu adalah dilarang dalam Islam
kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan diri dan orang lain.
3. Emosi Benci -Emosi benci mempunyai kebaikan dan keburukannya.
Kebaikannya ialah apabila manusia benci melihat kemungkaran yang berlaku akan
mendorong manusia untuk memperbetulkan keadaan tersebut manakala keburukannya
pula ialah apabila emosi benci tidak dapat dikawal boleh membawa kepada
permusuhan dan pergaduhan serta pertelingkahan.
4.
Emosi
Malu - Emosi
sedih akan timbul apabila seseorang berhadapan dengan keadaan yang
mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka
atau sakit. Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan
murung. Apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu
dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti bersenam, berjumpa kawan-kawan dan
sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih itu. Jika boleh, kongsi
perasaan sedih itu bersama teman rapat agar perasaan sedih dapat dikurangkan. Islam
lebih menganjurkan umatnya supaya tidak bersedih kepada perkara-perkara yang
melalaikan dan bersedih sehingga melemahkan diri serta sehingga melahirkan
kata-kata mengkufurkan Allah s.w.t.
_____________________________________________________________
Alhamdulillah, pendaftaran kelas dibuka
setiap hari. Bagi yang mahu belajar membina blog, boleh sertai kami di akademi
bekerja di rumah. Hubungi saya untuk pendaftaran ya. Bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim ataupun email
roszilaibrahim@gmail.com.
\
No comments:
Post a Comment