Hari ke dua di Pulau langkawi, selepas sarapan pagi saya sekeluarga menaiki bot menikmati Tasik Dayang Bunting. Pemandu bot menerangkan serba sedikit tentang keindahan Tasik Dayang Bunting dan menunjukan bentuk bukit macam perempuan yang sedang mengandung. Di pulau Dayang Bunting ini juga kami akan diberi masa 1 jam oleh pemandu bot untuk pusing-pusing dekat sana. Dekat Dayang Bunting ni best sikit sebab dah macam ala-ala taman rekreasi boleh mandi lagi dan macam-macam aktiviti boleh dilakukan.
Pada waktu petang lebih kurang jam 2.30, kami mengunjungi Taman buaya dan taman burung. Bukan main seronok anak-anak. Di taman burung bukan sahaja burung tetapi pelbagai jenis binatang ada.
Hari ke-3, sebelem balik, kami sempat menaiki Cable Car. Penat memang penat, tetapi berbaloi dapat menikmati keindahan Pulau Langkawi.
_------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com
No comments:
Post a Comment