Alhamdulilah,terasa sekejap sangat masa berlalu.
Pejam celik, pejam celik, rupanya sudah lima hari saya tidak update blog. Cuti
sekolah ini hanya seminggu, pelbagai aktiviti saya aturkan untuk anak-anak untuk
mengisi cuti sekolah salah satunya bawa anak-anak bercuti. Langkawi pilihan tempat
percutian kami sekeluarga. Bermulanya cuti sekolah pada 13/9/2014, kami
sekeluarga bertolak ke Jeti Kuala Perlis dan bermalam di situ 1 malam. Dapatlah
saya berjumpa dengan kawan lama semasa belajar di UUM, seronoknya tidak terkata
setelah sekian lama tidak berjumpa. Pelbagai cerita kami berkongsi.
Saya sekeluaga bermalam di Putra
Brasmana Hotel di mana tempat kawan saya bekerja, berdekatan dengan Jeti Kuala
Perlis.
Lebih kurang 10 minit perjalanan dari Putra Brasmana Hotel ke Jeti Kuala Perlis.
Medan Ikan Bakar berdekatan dengan Putra Brasmana Hotel yang mengambil masa 5 minit perjalan. Salah satu tempat yang menjadi kunjungan dan terdapat banyak kedai atau gerai makan di situ dengan pelbagai hidangan juadah yang mampu memingkat hati pelanggan.
-----------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana
pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com
Coretan Cuti Sekolah
Roszila ibrahim
Roszila ibrahim
No comments:
Post a Comment