Wednesday, 1 October 2014

Selamat Hari warga Emas

Teks: Roszila Ibrahim

Hari baru dan bulan baru. Selamat datang Oktober dan tinggal beberapa hari lagi kita umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidiladha. Bulan Oktober juga merupakan bulan kelahiran En Suami. Tinggal 3 bulan lagi kita akan melabuhkan tirai meninggalkan tahun 2014. Semoga hari ini lebih baik daripada kemarin dan dapat memberi kebaikan Dunia dan Akhirat.

Hari ini, 1 Oktober saya ingin mengucapkan Selamat Hari Warga Emas kepada seluruh warga emas di Malaysia di mana jua berada. Kerajaan Malaysia mengistiharkan setiap 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Emas kebangsaan. Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Definisi warga Emas Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Oleh itu, hargailah dan sayangilah warga emas tanpa mereka siapalah kita. 

Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut t bolehlah hubungi saya.

Tuesday, 30 September 2014

MeNyamBut OrAng BaRu

Teks: Roszila Ibrahim


Alhamdulillah
Pejam celik,pejam celik esok sudah memasuki bulan baru. Entri saya kali ini adalah untuk berkongsi kegembiraan, dalam bulan September ini saya menyambut dua orang anak buah baru dan kedua-duanya lelaki.  Bertambah lagi anak buah. Kakak saya bersalin pada 18/9/2014 dan ini merupakan anak yang ketiga. 

Adik ipar pula bersalin 25/9/2014 dan ini adalah anak ke dua. Memang seronok dapat orang baru, tengok muka baby tu, suci dan wangi je. Anak-anak saya pun seronok tengok baby sampaikan setiap hari mahu tengok baby. 

--------------------------------------------------------------------------------

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com

Monday, 29 September 2014

WeT WoRLd SHaH aLaM

Teks: Roszila Ibrahim

Semalam ahad punya cerita, bawa anak-anak di Wet World Shah Alam  tanpa dirancang dengan adik ipar dan anak sepupu, meriahlah sikit ada gak geng untuk sembang. Sampai di Wet World tengah hari dengan cuaca yang panas terik. Walaupun panas, dengan adanya Cabana bolehlah berehat sambil tunggu anak-anak mandi manda.

                                                          Suasana di Wet World

Rasanya saya sudah lama tidak pergi sana. Ini kira kali ke 2 untuk tahun ini. Bukan main ramai orang, bersesak-sesak lagi, maklumlah hujung minggu. Tapi semalam demi menggembirakan hati anak-anak, layanlah hari minggu dengan aktiviti yang diorang suka. 


                                                                              Cabana
--------------------------------------------------------------------
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas penulisan ebook premium
Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog dibuka setiap hari
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com



Thursday, 25 September 2014

Piramid Bacaan

Teks: Roszila Ibrahim

Bila sudah mengenal huruf..kena start membaca. Bila tahu membaca, banyak ilmu yang kita peroleh. Saya agak tertarik dengan Piramid Bacaan ini yang merupakan satu pekara yang sangat bemakna untuk kita ketahui. Piramid bacaan dibawah mungkin boleh membantu kita untuk memberi makanan yang yang berzat untuk roh kita yang selama ini terbiar tanpa makan tanpa zat.



Makanan diperlukan oleh jasad (badan kita) maknanya kita perlu makan untuk menguatkan jasad agar kita boleh bergerak, bekerja dan beraktiviti. Kekurangan makanan boleh menyebabkan badan kita mejadi lemah lesu, berpenyakit dan kurus kering

Oleh kerana kita terdiri dari jasad dan roh, pernahkah anda terfikir untuk memberi makanan kepada roh kita. Apa jenis makanan untuk roh kita. Jika selama ini kita tidak memberi makan kepada roh, berkemungkinan ia menjadi kurus melidi dan  sakit menderita walaupun tubuh jasad segar bugar.

Roh juga perlukan makanan atau hiburannya yang baik untuk membina roh atau memberi kekuatan kepada roh. Makanan yang baik dan bersih untuk roh salah satunya baca Al Quran dan mendapatkan ilmu yang memberi manfaat supaya memahami dan merasa tentang kebesaran dan kehebatan Allah, faham kenapa Allah datangkan ujian, faham segala qadak dan qadar Allah.

Selain itu, zikir, tasbih, tahmid, tahlil, sembahyang, puasa, doa, selawat dan tafakur.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang ingin memiliki ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online boleh hubungi saya.
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 


Monday, 22 September 2014

Cuti-Cuti Langkawi(Part2)

Teks: Roszila Ibrahim

Hari ke dua di Pulau langkawi, selepas sarapan pagi saya sekeluarga menaiki bot menikmati  Tasik Dayang Bunting. Pemandu bot menerangkan serba sedikit tentang keindahan Tasik Dayang Bunting dan menunjukan bentuk bukit macam  perempuan yang sedang mengandung. Di pulau Dayang Bunting ini juga kami akan diberi masa 1 jam oleh pemandu bot untuk pusing-pusing dekat sana.  Dekat Dayang Bunting ni best sikit sebab dah macam ala-ala taman rekreasi boleh mandi lagi dan macam-macam aktiviti boleh dilakukan.



Pada waktu petang lebih kurang jam 2.30, kami mengunjungi  Taman buaya dan taman burung. Bukan main seronok anak-anak. Di taman burung bukan sahaja burung tetapi pelbagai jenis binatang ada. 




Hari ke-3, sebelem balik, kami sempat menaiki Cable Car. Penat memang penat, tetapi berbaloi dapat menikmati keindahan Pulau Langkawi. 

_------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com

Saturday, 20 September 2014

Cuti-Cuti Langkawi (part 1)

Teks: Roszila Ibrahim

Satu malam di Kuala Perlis tidak cukup untuk menikmati suasana yang cukup indah. Pada jam 9.45 pagi 14/9/2014 bersamaan hari ahad saya sekeluarga bertolak dari Kuala Perlis menuju destinasi Langkawi dengan menaiki feri yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit. Saya sekeluarga menginap di Langguna Baron yang terletak di kawasan Cenang Mall dan di belakangnya Pantai Cenang. Di sini,segala macam ada seperti restoran, kedai pakaian dan pendek kata macam-macam ada.




Hari pertama di Langkawi, apa lagi jalan-jalan di sekitar kawasan cenang. Saya sekeluarga tidak melepaskan peluang  mengunjungi Underwater World bersebelahan tempat saya menginap.

Tidak ketinggalan mengunjungi Zon Shopping Paredise (Duty Free) bersebelahan Underwater World. Di sini macam-macam ada seperti aneka coklat, pakaian, alatan dapur, bag dan lain-lain.


Sebelah petang, saya tidak melepaskan peluang membeli belah di Nusantara Gamat. Beraneka jenis ubat  terdapat di sini dengan harga berpatutan.



----------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Pendaftaran masih berlangsung, Kelas dijalankan secara online sahaja. Tak memerlukan kalian berada dalam kelas di tempat khusus. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship projek duit raya & selepas raya
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang dropship ABDR bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim  ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

Thursday, 18 September 2014

Sehari Di Kuala Perlis

Teks: Roszila Ibrahim

Alhamdulilah,terasa sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, rupanya sudah lima hari saya tidak update blog. Cuti sekolah ini hanya seminggu, pelbagai aktiviti saya aturkan untuk anak-anak untuk mengisi cuti sekolah salah satunya bawa anak-anak bercuti. Langkawi pilihan tempat percutian kami sekeluarga. Bermulanya cuti sekolah pada 13/9/2014, kami sekeluarga bertolak ke Jeti Kuala Perlis dan bermalam di situ 1 malam. Dapatlah saya berjumpa dengan kawan lama semasa belajar di UUM, seronoknya tidak terkata setelah sekian lama tidak berjumpa. Pelbagai cerita kami berkongsi.




Saya sekeluaga bermalam di Putra Brasmana Hotel di mana tempat kawan saya bekerja, berdekatan dengan Jeti Kuala Perlis.



Lebih kurang 10 minit perjalanan dari  Putra Brasmana Hotel ke Jeti Kuala Perlis.

Medan Ikan  Bakar  berdekatan dengan Putra Brasmana Hotel yang mengambil masa 5 minit perjalan. Salah satu tempat yang menjadi kunjungan dan terdapat banyak kedai atau gerai makan di situ dengan pelbagai hidangan juadah yang mampu memingkat hati pelanggan.

-----------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com
Coretan Cuti Sekolah
Roszila ibrahim