Foto: Peribadi
Assalamulaikum..
Selamat pagi semua. Semoga hujung minggu ini memberi ketenangan
dan fikiran yang lapang.
Rania: Cantik tak k.long lukis.
Mama: Cantik, k.long lukis apa ni? Mama tak paham!
Rania: Ni K.long lukis ‘sayang’. Apalah mama, tu pun tak paham.
smbil ketawa...jap
lg K.long warna bagi lagi cantik..
Ini malam tadi punya perbualan antara saya dan anak yang sulung. Rania
Zara nama diberi, umur nya 6 tahun. Dia seorang yang suka bercakap dan
bercerita. Ekspresi seni lukisan tapak tangan di atas menunjukan maksud yang
tersirat yang ditonjolkan. Walaupun hanyalah lukian tapak tangan tetapi ia
mengambarkan luahan di atas sekeping kertas yang sangat tulus dan ikhlas dari
seorang anak.
Lukisan itu memaparkan ‘sayang’. Sayang kepada papa, mama dan
rayyan(adik).
Menurut Rania lagi, tapak tangan tu maksudnya papa pegang tangan
mama, mama pegang tangan k.long(Rania) dan k.long pegang tangan adik(Rayyan). Saya
sebagai seorang ibu, begitu terharu dengan penjelasan yang diberikan. Hanya sekeping
kertas mempunyai sebuah cerita.
Kesimpulanya, sebagai ibu bapa perlulah peka terhadap perkembangan
anak-anak kita. Ibu bapa perlulah menyediakan persekitaran yang dipenuhi rasa
hormat, kasih sayang dan belas kasihan. Ini merupakan cara terbaik untuk
membantu anak kita mengekspresi dirinya, kerana tanpa ini, adalah amat sukar
untuk anak kita meluahkan perasaannya.
Ekspresi diri adalah aspek perkembangan kanak-kanak dan ianya
sangat penting. Terdapat tiga jenis ekspresi diri iaitu ekspresi Seni, Ekspresi
Bermain, dan Ekspresi Membina. Ekspresi seni merupakan salah satu cara terbaik
untuk mengekspresi diri. Berikan anak dengan pensil warna dan kertas, dan pastinya
kita akan kagum dengan hasil lukisan atau mewarnanya. Mengecat, melukis,
mewarna dan menulis merupakan bentuk-bentuk luahan untuk pelbagai emosi yang
anak kita rasai atau alami di dalam aktiviti hariannya.
Walaupun
hanya melukis objek atau bentuk-bentuk yang tidak berkaitan. Jenis ekspresi
diri ini adalah yang paling penting dalam mengembangkan kemahiran komunikasi
dan emosi, serta kesedaran psikologi. Melalui karya seni, kita
dapat melihat cara anak-anak kita berfikir dan menyelami perasaan dan menguji
keupayaannya.
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang berminat menimba ilmu Di
ABDR, boleh hubungi saya untuk pendaftaran
dan untuk keterangan lanjut email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp
: 0132666559. Kalian akan bimbingan group khas di fb dan juga group telegram.
Yang menariknya pembelajaran berterusan.
No comments:
Post a Comment