Assalamulaikum.
Hari
baru, bulan baru, saya harap semua sahabat ABDR dan pengunjung blog saya sentiasa sihat walafiat, diberkati, dirahmati
dan senantiasa ceria dan dimurahkan
rezeki.
Selama
beberapa hari saya tidak menjengok blog kerana pulang ke kampung halaman. Pasti
ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena
cuti Hari Pekerja dan Hari Wesak. Saya sekeluarga juga mengambil kesempatan
memandangan sudah lama tidak pulang ke kampung halaman di jajahan P.Mas,
Kelantan. Sebenarnya kami sekelurga
tidak merancang pun memandangkan ada peluang dan sempena cuti, jadi kami
sekeluarga mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti di kampung. Khabar
gembira untuk pulang ke kampung begitu mengembirakan anak-anak dan keluarga di
kampung. Maklumlah sama-sama rindu-merindu.
Kami
bertolak ke kampung pada hari khamis lebih kurang 2 petang. Sepanjang
perjalanan hujan sangat lebat. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kampung
pada jam 9 malam. Walaupun jauh perjalanan dan penat tetapi bila sampai di
kampung kepenatan hilang apabila memandang orang tua kesayangan dan hidangan
makan malam. Anak-anak bukan main seronok bermain walaupun waktu malam.
Kami
bersembang sampai lewat malam dengan pelbagai cerita maklumlah sudah lama tidak
jumpa. Pertemuan ini betul-betul mengubat kerinduan. Rindu menatap wajah
orang-orang kesayangan, rindu dengan masakan air tangan ibu. Rindu dengan
persekitaran kampung, tempat bermain ketika zaman kanak-kanak, rindu jiran
tetangga. Rindu dengan masakan tradisi Kelantan. Kepulangan saya ke kampung
juga, untuk melawat anak buah baru. Walaupun pulang ke kampung hanya sekejap,
tetapi penuh aktiviti makan-makan dan jalan-jalan.
Pokok Daun Pandan yang subur di belakang rumah
Kesempatan ketika berada di kampung tidak dapat di kongsi sepenuhnya, memandangkan line internet begitu jelas. Rindu betul dengan blog dan ingin sekali berkongsi suasana di kampung. Rindu juga ingin mengetahui berita-berita terkini ABDR.
Kami sekeluarga doakan orang-orang tersayang terutama mak dan abah sentiasa diberi kesihatan di panjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberkati, dilindungi olehnyaNYA dan diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian. Agar kami dapat terus merasai kasih sayang mak dan abah.
No comments:
Post a Comment