Foto: Peribadi
Assalamulaikum dan selamat pagi. Semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya. Ini malam tadi punya aktiviti
sambil menoton tv. Biskut yang sangat sangat mudah dan mengambil masa yang
sekejap sahaja.
Kranchy Karamel Almond
Ada yang memanggilnya Florentine
Cookies sempena dengan nama tepung khas yang digunakan untuk membuat bepang
ini. Ia juga dikenali dengan nama Chrunchy Almond Bar, Almond Caramel, Nutty
Thins, Nutty Crispy, dan Mix Crispy Nuts Cookies.
Sempatlah kongsi gambar dengan
group whatsapp saudara mara. Bangun pagi dapat mesej dari mak saudara hendak
oder. Ini dikatakan rezeki diawal pagi. Ada yang saya bagi sedekah untuk sepupu
supaya merasai kerangupan biskut ini.
Kali
pertama saya merasai Kranchy Karamel Almond ketika berkunjung ke rumah adik ipar semasa Hari
Raya,ternyata kranchy Almond memang sedap. Minggu lepas suami saya beli 1 botol
kecil berharga RM 25 bersamaan 180g. Memang tidak cukuplah saya dan anak-anak
makan, tambah-tambah saya pengemar kekacang. Jadi saya mengambil keputusan
untuk membuat sendiri. Bayangkan jika
kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata hendak
membelinya.
Membuatnya tidak susah
cuma kos bahan mentah untuk biskut florentine ini agak tinggi. Jadi tidak
hairanlah jika ini dijual dengan harga lebih mahal berbanding dengan
biskut-biskut lain di pasaran. Biskut yang sangat
kruncy ni sangat mudah tapi harganya
cukup mahal,bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah
melambung-lambung naiknya.
Di
antara bahan yang digunakan:
1.Badam keping 690gram berharga RM 37.90
2.Biji Bunga Matahari 500gram berharga RM18.30
3.Bijan Hitam 100gram berharga RM 3.10
4.Tepung Florenta 500gram berharga RM 16.50
5. Baking Paper(gulung) Rm 2
Cara-cara Membuatnya Kranchy
Karamel Almond:
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 7- 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 7- 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment